Wednesday, May 30, 2012

The transit of VENUS

hola....

kabare semua??? sesuatu yang menarik akan berlaku pada 6 Jun 2012 Insyaallah... iaitu transit planet Zuhrah. pada tarikh nie kita di Malaysia akan nampak satu titik hitam di matahari. titik hitam tue la planet zuhrah. fenomena ini boleh dilihat sebaik sahaja matahari terbit(dalam kul 7.10 gitu tengok tempat la.. kalau Borneo island haruslah lebih awal kan...) hinggalah 6 jam berikutnya... sebelum nie pernah berlaku pada tahun 2004. rupanya mcm nie...



The tiny black disc of Venus edges across the Sun during the last transit, in 2004. Photograph: Murdo MacLeod for the Observer

kalau ekau semua terlepas peluang untuk tengok yang 6 jun nie... so ekau kena tunggu tahun 2117 ye kawan2... hidup lagi kah???? fenomena ni juga dianggap fenomena yg sangat2 jarang berlaku dalam dunia astronomy.... so apa tunggu lagi... put this event on your planner and sama2 lah kita melihat dan mengagumi kebesaran ALLAH Azawajalla....

It's a twice in a lifetime moment: the transit of Venus across the Sun

On 6 June, an event that takes place only four times every two centuries will enthral the world's astronomers, as it has ever since the 1600s – but now it can provide priceless data in the hunt for habitable planets in deep space
boleh sambung pembacaan ekau di sini.... Venus transit sun

Kesimpulan: Venus memang hebat... hehehehhe




Tuesday, May 22, 2012

1 REJAB 1433

assalamualaikum...
sekadar memanjangkan informasi n hasil2 halaqoh sebentar tadi.... cewahhhh... sharing is caring katanya...



Fadhilat Rejab: Antara realiti dan fantasi.
Bulan Rejab : apakah fadilatnya melebihi dari bulan-bulan yg lain?
Bulan Rejab merupakan salah satu bulan dari 12 bulan-bulan Islam. Bulan Rejab mengandungi peristiwa-peristiwa bersejarah kepada orang Islam dimana berlakunya peperangan Tabuk, pembebasan Al-Aqsa dari tangan tentera Salib dan juga ada orang Islam yang berpendapat bahawa bulan inilah berlakunya peristiwa Isra’ dan mi’raj Nabi Muhammad saw. Tidak kurang juga ramai yang melihat bulan Rejab ini sebagai satu bulan spiritual dimana mereka mempertingkatkan ibadat sunat khususnya ibadat puasa.
· 
 Bulan Rejab merupakan satu bulan dari bulan-bulan Haram
 
Allah swt telah mengurniakan kepada manusia 4 bulan haram. Bulan-bulan ini sebagaimana yg disepakati oleh semua ulama’ ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Umat Islam adalah diharamkan pergi berperang didalam bulan-bulan ini, kecualilah jika mereka diugut.
 
Persoalan:
·         Mengapa didalam bulan ini terdapat solat-solat khas, zikir-zikir khas dan juga waktu-waktu khas untuk melakukan ibadah?

·          Apakah terdapatnya kesahihan fadilat khas berpuasa didalam bulan Rejab?

Di sini diringkaskan penjelasan dari ulama’-ulama’ muktabar dan kontemporari mengenai kesahihan fadilat yg terdapat didalam bulan itu sendiri, dan apakah sebenarnya fadilat yg terkandung didalam Rejab.

1. Hadis-Hadis Bulan-Bulan Rejab kebanyakkannya adalah Mawdhu’ (Palsu). Pendustaan terhadap Rasulullah SAW. (Al-Saqr, Al Qardhawi)

2. Kita dilarang memilih-milih hari atau malam yg tertentu sahaja untuk melakukan ibadat khusus.(Hadis Nabi SAW)

3. Tidak ada fadilat KHAS yg ditujukan pada bulan Rejab, yg ada cuma fadilat umum kepada ke empat-empat bulan haram.(Al-Saqr, Al-Qardhawi)

4. Tidak ada solat dan zikir khas untuk bulan Rejab (Al-Saqr, Al-Qaradhawi).

5. Bulan Rejab seperti bulan-bulan Haram yg lain disunatkan melakukan Puasa sunat dan banyakkan bertaubat. ( Imam Al-Sya’rawi)
6. Tidak boleh HANYA berpuasa dibulan Rejab sahaja, dimana 3 bulan-bulan yg Haram yg lain tidak langsung diberi keutamaan melakukan puasa 

7. Tidak ada dalil yg mengatakan bahawa menziarah kubur didalam bulan Rejab mempunyai kelebihannya.


8. AWASlah dari terlibat menyebarkan HADIS-HADIS PALSU, kerana ditakuti kita adalah sebahagian dari mereka yg MENDUSTAKAN Rasulullah saw. (Na’uzubillahhu min zalik).

Seorang mukmin sejati yang mempunyai mata hati dan mahu mendengar nasihat yang baik, dia akan berusaha meninggalkan segala bentuk bid’ah (pembaharuan didalam agama yang direka-reka), kerana setiap bid’ah adalah sesat, dan setiap kesesatan tempatnya adalah neraka sepertimana sabda baginda SAW. Akhir kata, Selamat menyambut kedatangan bulan-bulan Haram sebagaimana yg telah diajarkan oleh Rasulullah SAW.

Sumber: http://soaljawab.wordpress.com/2007/07/17/fadhilat-rejab-antara-realiti-dan-fantasi/

p/s:  all info above ehsan dari Nur Hafizah Bt Haji Jauhari (Master of Islamic Revealed Knowledge and Heritage (Quran and Sunnah) and (Fiqh and Usul al-Fiqh), International Islamic University Malaysia.




Kesimpulan: Kalau salah mohon tunjuk ajar... eden pun masih menontot... rujukan lebih mendalam perlu dilakukan..

Wassalam...

Basuh Tangan dengan muntah ikan


aloha....

Apa kabar wahai teman2.... tajuk mendebarkan kan kan???? (setuju je la.. kang eden kecik ati kang...)

kengkawan lain segala macam roh n susuk merasuk mereka... roh menjarum la.. susuk baking la... susuk menskirt laaa... hadoi... jehless eden nih.....

oklah.. pepagi nih malas ckp byk.. jimat tenaga kekdahnya.... layan la sekeping gambar buat pengobat rindu (hahahhaha puitis tak puitis tak????)






muntah ikan emas....
Adios....

Kesimpulan: beringat2lah selalu... ALLAH knows what i, YOU and others did last summer, raya, ...:) tetiba je kan... the point is Allah knows everythings.....

Thursday, May 17, 2012

18SG: tak sesuai untuk tontonan umum

aloha....

sesapa yang lemah semangat sila jangan tengok....


























pemangsa: ular sawa. mangsa: ayam. lokasi: Wildlife park, langkawi 

ngeri  tak???? kalau tak ngeri oklahh.... separuh badan ayam sudah masuk mulut si ular... ular ni makan sebulan sekali je.... 


kesimpulan: berhati-hati dengan pelbagai jenis pemangsa yang kadang kala wujud di persekitaran kita...

adios!!!









Wednesday, May 16, 2012

SELAMAT HARI GURU

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarokatuh...

Untuk guru-guru SELAMAT HARI GURU... ;)

jasamu dikenang