Friday, June 4, 2010

KULIAH JEMAHAT....

CARA MENDIDIK ANAK MENURUT KAEDAH ULAMA




Ibnu Qudamah b’kata: kaedah m’didik anak2 bila da m’capai umur mumaiyiz perlu diberi p’hatian..



Antara adab2 y perlu diterapkan dlm diri mereka:



Di meja makan..

1) Pastikn mrk makan dgn tangan kanan (wlpn kidal), baca بسم الله dan tidak mkn sblm org lain makan krn ini tanda2 org y bakhil.



2) Didik mrk supaya tidak makan dgn gelojoh @cepat2..sebaliknya latih agar mereka mengunyah mknn perlahan2 sehingga hancur dan x mengotorkn pakaian.



3) Biasakn anak2 mkn dlm kuantiti y m’cukupi sahaja (x b’lebihan)..agar mereka x hanya mementingkan soal mknn dlm khidupan harian.



4) Berikan pujian bila mereka mengunyah mknn sehingga hancur dan m’habiskn makanan. Jika sebaliknya, jelaskn pd mrk ia bukanlah akhlak y baik.



Dressing..

1) Jangan benarkan anak2 memakai pakaian jantina b’lawanan.

2) Pastikan pakaian mereka tidak meleret ketanah.



Ilmu..

1) Latih anak2 sehingga tulisan mereka m’jadi kemas dan bersih.

2) Sibukn anak2 dgn pembelajaran al-Quran dan tafsiranya, serta hadis2 dari Rasulullah s.a.w dan ilmu2 fikah.

Beri galakan pd mereka utk m’hafal al-Quran, hadis2 ringkas serta dalil2 dari al-Quran maupun hadis yang dijadikan hujah dalam setiap amalan harian.

Misalnya: a) kewajipan bersolat dan tunaikan zakat

Dalil al-Quran (وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ َ) Surah al-Baqarah: 43

Maksudnya: ‘dan dirikanlah solat, dan tunaikan zakat’



b) kepentingan sifat ikhlas

Dalil dari Hadis (إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ)

Maksudnya: ‘setiap amalan bermula dengan niat’

–diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari: hadis pertama



Ini kerana menurut para ulama ilmu itu adalah melalui hafalan. Sesiapa y tidak m’hafal maka dia xkan mampu untuk mengeluarkan (berkongsi) ilmunya. Gunakan kesempatan y ada sebaiknya kerana pd wktu ini jiwa anak2 sgt bersih dan mudah m’hafal.

Jika lagu2 hiburan y diajarkn pada mereka maka itulah yg akan dihafal..tetapi jika dibekalkn jiwa mereka dengan al-Quran dan ilmu2 y b’manfaat maka akan suburlah keimanan mereka.



Dari sudut psychology..

1) Jika anak2 mlakukn ssuatu kebaikan maka berikanlah pujian sehingga m’gembirakan mereka (lebih2 lagi dihadapan orang ramai).



2) Elakkan mereka dari tidur selepas subuh (kerana ia akan m’buatkn mereka b’sifat malas).



3) Halang setiap p’buatan y mereka lakukan secara sembunyi kerana mereka tidak akan mlakukn ssuatu secara sembunyi kecuali bila mereka merasakan ianya p’buatan y tidak baik. Jelaskan pd mereka p’buatan2 y baik dan tidak baik supaya mereka tidak m’anggap semua perkara adalah tidak baik..



4) Lakukan aktiviti riadah b’sama2 agar mereka tidak menjadi insan y malas. Rancanglah aktiviti2 y menarik b’sama2..



5) Didiklah anak2 agar tidak b’bangga2 dengan keturunan, kekayaan, pakaian maupun makanan2 y mereka miliki..terapkan konsep b’syukur dan merendah diri kerana semua itu milik Allah.



6) Jangan benarkn anak2 m’ambil ssuatu milik kawan2 mereka. Jelaskan bahawa m’beri lebih mulia dari meminta..ajarkan konsep sedekah.



7) Elakkan dari mengajar anak2 cintakan emas, perak dan b’sikap tamak kerana ia lebih berbahaya dari racun.



8) Jangan benarkan anak2 b’cakap perkataan2 y tidak baik, menuduh, m’hina apalagi mencarut.



9) Didik mereka dengan sifat berani, b’sabar atas setiap dugaan dan kesusahan..then pujilah mereka bila mereka dah praktik sifat berani dan bersabar td supaya mereka lebih t’dorong untuk mengulanginya.



10) Beri mereka masa untuk b’main setelah selesai belajar



11) Bila mereka telah mencapai umur 7 tahun perintahkan mereka untuk b’solat (lengkap 5 waktu),

Pada umur 10 tahun pukullah mereka (dengan pukulan ringan untuk m’didik) sekiranya mereka meninggalkan solat.

Kesilapan besar ibu bapa pada hari ini ialah m’biarkan anak2 tidak menunaikan solat dengan alasan mereka masih kecil..

Wahai ayah dan ibu fikirkan semula..anak kecil itu sekalipun sudah dewasa kelak pastinya tidak akan mahu menunaikan solat kalau dari kecil lagi xpernah dilatih untuk bersolat, apalagi kalau kedua ibu bapanya tidak b’solat..na’uzubillahi min zalik



12) Didiklah anak untuk m’hormati kedua ibu bapanya, guru2, penjaga dan sesiapa saja y lebih dewasa dari mereka.



Kesimpulannya setiap ibu bapa pastinya inginkan y t’baik untuk anak2 mereka. Anak2 adalah amanah dari Allah.. sabda Nabi Muhammad s.a.w:

"كلكم راع وكلكم مسؤول عن رعيته" (رواه البخاري:844)

Maksudnya: setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dipersoalkan atas setiap perkara dibawah tanggungan kamu.



Pengajaran daripada hadis ini ialah tugas sebagai ibu bapa bukanlah 1 tugas y mudah (sekadar melahirkan, bagi makan minum dan pakaian,hantar ke sekolah)..sebaliknya ia menuntut satu pengorbanan dan jihad yang besar demi memastikan anak2 yang dilahirkan menjadi insan y berjaya dan b’akhlak terpuji. Semua ini dilakukan tidak lain hanyalah ikhlas kerana Allah dan kasih kepada anak2. Ingatlah..ibu bapa akan dipersoalkan kelak.



Sebagai langkah pertama..lakukan muhasabah pada diri sendiri..



Sudah sempurnakah solat fardhu kita?

Adakah kehidupan harian yang aku jalani selama ini b’tepatan dengan syariat Islam?

Bagaimana pula dengan aurat dan tutur kata?

Sanggupkah kita jika Allah campakkan seluruh anggota keluarga kita ke dalam neraka sebagai balasan kerana tidak mentaati perintah Allah?



TEPUK DADA TANYALAH IMANMU..



Rumah adalah madrasah (sekolah) pertama anak2, dan ibu bapalah yang menjadi guru pertama dan utama mereka,maka berilah contoh yang baik untuk diikuti..

p/s artikel di atas dari http://www.saaid.net/tarbiah
      diterjemah oleh : Nur Hafizah Bt Haji Jauhari (Bachelor of Islamic Revealed Knowledge and Heritage (Quran and Sunnah) and (Fiqh and Usul al-Fiqh), International Islamic University Malaysia.

sama2lah kita praktikkan.... sharing is caring kan kan kan.... adios. selamat berhari minggu.

1 comment:

SYANI said...

sungguh panjang berjela khutbah jemaat ittew!!

Tapi bagus la info tu kerul... nak kena praktikkan dari sekarang even depa belum mumaiyiz