assalamualaikum...
sekadar memanjangkan informasi n hasil2 halaqoh sebentar tadi.... cewahhhh... sharing is caring katanya...
Fadhilat Rejab: Antara
realiti dan fantasi.
Bulan Rejab
: apakah fadilatnya melebihi dari bulan-bulan yg lain?
Bulan
Rejab merupakan salah satu bulan
dari 12 bulan-bulan Islam. Bulan Rejab
mengandungi peristiwa-peristiwa bersejarah kepada orang Islam dimana berlakunya
peperangan Tabuk, pembebasan Al-Aqsa dari tangan tentera Salib dan juga ada
orang Islam yang berpendapat bahawa bulan inilah berlakunya peristiwa Isra’ dan
mi’raj Nabi Muhammad saw. Tidak kurang juga ramai yang melihat bulan Rejab
ini sebagai satu bulan spiritual dimana mereka mempertingkatkan ibadat sunat
khususnya ibadat puasa.
·
Bulan
Rejab merupakan satu bulan dari bulan-bulan Haram
Allah swt telah mengurniakan kepada manusia 4 bulan haram.
Bulan-bulan ini sebagaimana yg disepakati oleh semua ulama’ ialah Zulkaedah,
Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Umat
Islam adalah diharamkan pergi berperang didalam bulan-bulan ini, kecualilah
jika mereka diugut.
Persoalan:
·
Mengapa
didalam bulan ini terdapat solat-solat khas, zikir-zikir khas dan juga waktu-waktu
khas untuk melakukan ibadah?
·
Apakah terdapatnya kesahihan fadilat khas
berpuasa didalam bulan Rejab?
Di sini diringkaskan penjelasan dari
ulama’-ulama’ muktabar dan kontemporari mengenai kesahihan fadilat yg terdapat
didalam bulan itu sendiri, dan apakah sebenarnya fadilat yg terkandung didalam Rejab.
1. Hadis-Hadis Bulan-Bulan Rejab kebanyakkannya adalah Mawdhu’ (Palsu). Pendustaan terhadap Rasulullah SAW. (Al-Saqr, Al Qardhawi)
2. Kita dilarang memilih-milih hari atau malam yg tertentu sahaja untuk melakukan ibadat khusus.(Hadis Nabi SAW)
3. Tidak ada fadilat KHAS yg ditujukan pada bulan Rejab, yg ada cuma fadilat umum kepada ke empat-empat bulan haram.(Al-Saqr, Al-Qardhawi)
4. Tidak ada solat dan zikir khas untuk bulan Rejab (Al-Saqr, Al-Qaradhawi).
5. Bulan Rejab seperti bulan-bulan Haram yg lain disunatkan melakukan Puasa sunat dan banyakkan bertaubat. ( Imam Al-Sya’rawi)
6. Tidak boleh HANYA berpuasa dibulan Rejab sahaja, dimana 3 bulan-bulan yg Haram yg lain tidak langsung diberi keutamaan melakukan puasa
7. Tidak ada dalil yg mengatakan bahawa menziarah kubur didalam bulan Rejab mempunyai kelebihannya.
8. AWASlah dari terlibat
menyebarkan HADIS-HADIS PALSU, kerana ditakuti kita adalah sebahagian dari
mereka yg MENDUSTAKAN Rasulullah saw. (Na’uzubillahhu min zalik).
Sumber: http://soaljawab.wordpress.com/2007/07/17/fadhilat-rejab-antara-realiti-dan-fantasi/
p/s: all info above ehsan dari Nur Hafizah Bt Haji Jauhari (Master of Islamic Revealed Knowledge and
Heritage (Quran and Sunnah) and (Fiqh and Usul al-Fiqh), International
Islamic University Malaysia.
Kesimpulan: Kalau salah mohon tunjuk ajar... eden pun masih menontot... rujukan lebih mendalam perlu dilakukan..
Wassalam...
3 comments:
'Sharing is caring' versi Islamic is:
"بَلِّغُوا عَنِّيْ وَلَوْ آيَة"
means: Sampaikan mengenaiku walaupun satu ayat (Sahih al-Bukhari)
Semoga hadits ini m'jadi inspirasi kita dlm menyampaikn kebaikan..
p/s: tapi kena pastikan sumber y valid ya :)
baikkk ustazahhh
Alhamdulillah... bagus ada info camni..
Post a Comment