Thursday, March 21, 2013

sketsa..

aloha...

hasil dari pendidikan kesihatan.. wujudla sketsa pendek nie..

lokasi: dalam kereta lamborghini yang sedang berdesup.. hik hik hik..

anak: ummi.. ummi tahu tak apa dia sentuhan selamat dan sentuhan tak selamat? kalau perempuan ada 3 bahagian kalau lelaki ada 2 bahagi je..

ummi: (toingg.. mentol menyala n faham hala tuju perbualan).. ermm.. tahu. kalau tumbuk, pukul tak selamat la.. (sesaja jawab macam tue)

anak: bukan la umi. 

ummi: bukan??? so apa tue? boleh terangkan dengan lebih lanjut? (formal gitu ayat omaknya.. dalam hati berdobar nak tunggu explaination. maklumla.. perkataan apakah yang akan digunakan..)

anak: kalau perempuan ada 3 bahagian sentuhan tak selamat. dada, 'ehem' kat bawah tu, dan belakang.

ummi: belakang tue kat mana?

anak: punggung & seluruh bahagian di belakang la.. ooo

ummi: lelaki?

anak: lelaki 2 je.. 'ehem' di bawah tue dan belakang...

ummi: ooooo macam tue.. jadi maksudnya?

anak: ok contohnya kalau tgh main kat padang.. tiba2 jatuh dan tangan pelajar PEREMPUAN kena paku.., so boleh la cikgu lelaki yang tolong tengokkan, tapi kalau kena kat punggung atau kat peha contohnya, cikgu lelaki tue tak boleh tengok, dia kena suruh cikgu perempuan yang tengokkan.. peha tak boleh sebab dekat dengan bahagian tak selamat disentuh.

ummi: ooo ummi faham2. kena jaga aurat ye... 

anak: ye..

ummi: betul tue.. ummi setuju. tue sebab kita orang islam, sentuh lelaki perempuan tak boleh. sentuh tangan pun tak boleh apatah lagi bahagian2 tak selamat tue...

anak: ermmm kan ummi.  hari nie kita makan apa?

ummi: tekala...

habis dah citer.. gitu la ye skang nie kat sekolah nyer silibus.

kesimpulan: mendidik fitrah manusia secara ilmiah

adios!!!

1 comment:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.