Showing posts with label Friday Thought. Show all posts
Showing posts with label Friday Thought. Show all posts

Friday, March 22, 2013

Friday thought: Ihfazillah, Yafazka..

aloha...

thing to ponder... 

Ustazah NurHafizah Musa
  

peringatan untuk diri saya..

adios!!

Friday, March 15, 2013

mari mengaji

aloha..

mari kawan-kawan kita baca quran.. 
jangan malu segan.. 
gurukan tunjukkan.. (sapa tau lagu nie?? eden tak hafal) 

tahu nak ambil gambar langsung tersenyum...

teruskan anakku...
tak nak pakai tudung masa ngaji tak pe.. sebab cenonet lagi... lagi pun baru iqra'.. TAPI AWAS... kalau ngaji QURAN & dah besar.. WAJIBLAH bertudung dan MENUTUP AURAT ye anak...

kesimpulan: melentur buluh biar dari rebung (semoga ALLAH SWT permudahkan kita semua. Amin...)

adios!!

Friday, October 5, 2012

GDE: MY ROSELLE

aloha!!!!

bahagianya eden bila Allah SWT memberi pelbagai nikmat kepada eden... alhamdullillah... salah satu nikmatnya ialah nikmat GEMBIRA....

dengan izin Allah SWT eden boleh gembira tengok nih....


pokok roselle yg subur n berbunga.. itu kuntuman bunga yg keberapa ntah... tapi dah byk la... tak sabar nak minum air roselle...
berdebar juga nak besarkan pokok nih... berapa kali tumbang sebab kena tiup angin yang kuat... tapi bila eden tegak2kan balik... steady la balik pokok nie... bila angin tiup melepek balik.. ermmm... perlukan air yg sgt byk jugaaa.... makin byk air makin cepat le tumbesaran pokok nih.

ekau ekau pun tanam le.... kalau belum tanam lagi la... buleh tanam dlm pasu juga...

adios!!!!

kesimpulan: NIkmat Allah yang mana lagi yang mahu kamu dustakan????

Friday, October 21, 2011

Friday Thought: Halaqoh...

aloha!!!

good to read..

tapi pjg yang hamat...
so ekau semua kalau ada masa byk boleh le baca....

Sekarang saya sering membaca buku-buku atau artikel tentang pernikahan, kerana secara langsung dan tidak langsung saya dihadapkan dengan konflik-konflik alam rumahtangga. Adalah biasa jika konflik-konflik itu sekadar membuat pasangan merajuk sehari dua, namun jika konflik itu membawa mereka pasangan suami isteri  memutuskan ikatan pernikahan yang dimaterai bersaksi ALLAH [baca: bercerai], saya jua turut dirundung duka dan kesal.

Sejak bergelar isteri, pelbagai juga kisah rumahtangga yang saya dengar, dan rasa bergetarnya hati banyak sekali kisah itu adalah kisah sedih. Sebelum berumahtangga, pandangan saya seolah tertutup dari melihat banyaknya rumahtangga yang bergoyang ditiup taufan ujian. Saya tahu ada rumahtangga yang tak bahagia, tapi sekarang nampaknya makin ketara.

Hari ni rumahtangga kalian diuji, kelak mungkin rumahtangga kita pula yang dilanda badai, nauzubillah..

Kata orang, awal-awal perkahwinan itu indah belaka. Setahun dua perkahwinan adalah manis dan cantik teratur, begitu kata-kata dalam buku self-help tentang love and relationship. Tapi kata-kata itu nyata bertentangan dengan beberapa kisah rumahtangga muda-mudi yang berlaku kini.

Ada sepasang suami isteri, perkahwinan mencecah 4 5 bulan, sudah dibawa berbincang untuk perceraian. Padahal dulu berjuang untuk sebuah perkahwinan melalui orang tengah yang berusaha memujuk ibu bapa. Ada isteri yang telah merasa asing dan jauh dari suami belum pun mencecah setahun usia perkahwinan, sedangkan dulu sebelum kahwin was a very loving couple kononnya.

Wahai suami dan isteri, tak mungkin perkahwinan menjadi sumber kebahagiaan jika buku-buku tentang kehidupan berumahtangga dibaca hanya sebulan dua sebelum bernikah dan selepas itu, berhenti mengkaji bagaimana perjalanan sebuah rumahtangga yang benar barokah dan berjaya.

Tidak mungkin perkahwinan yang dibina terus unggul jika bekal ilmu dan kemahirannya hanya sekadar yang diperolehi dari kursus perkahwinan anjuran Jabatan Agama selama dua hari. Selepas itu, suami isteri sibuk mencari duit, sibuk menikmati hasil duit  hingga tidak memandang peri pentingnya menyediakan duit untuk mencari ilmu, membeli bahan bacaan atau menghadiri kursus-kursus untuk memantapkan perkahwinan.

Tak mungkin perkahwinan mampu bertahan jika memasuki alam pernikahan hanya kerana didorong untuk mempunyai teman, hanya untuk menyalurkan fitrah nafsu perasaan, tanpa wawasan yang besar bahawa pernikahan itu antara lain adalah supaya suami dan isteri menjadi orang yang lebih baik dengan bernikah. Untuk menjadi lebih baik pastinya dengan ilmu. Untuk dua makhluk ALLAH lelaki perempuan yang berbeza hidup bahagia dan bekerjasama, pastinya perlu ilmu.

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahwa suami dan isteri terus bergaduh dan bergaduh kerana kita tak pernah belajar cara bergaduh yang selamat dan constructive. Kita bergaduh seperti mana dalam drama-drama atau mungkin ibu bapa sendiri yang bergaduh dengan kata-kata kesat menikam perasaan hingga itulah yang menjadi ikutan kita.

Perasaan suami dan isteri saling disakitkan kerana kita tak faham bahawa lelaki dan perempuan melayan perasaan dengan cara yang berbeza. Kita serabut dengan isteri yang selalu merajuk dan 'buat muka', kita juga sedih serabut dengan suami yang macam buat tak kisah atau tak reti memujuk.

Antara suami isteri, bila ada perkara yang kita tak setuju, kita diam dan mengomel dalam hati, memendam perasaan. Atau kita bercakap-cakap di belakang pengetahuan suami dan isteri. Atau kita menyerang mengkritik suami atas perkara yang kita tak setuju, tanpa ada pengetahuan atau kekuatan untuk kita menyatakan ketidaksetujuan dengan hikmah. Hingga akhirnya kita akan mengungkapkan...

"AHHH LELAKI SEMUANYA SAMAAAA....!!?"

Wahai suami dan isteri, belajarlah dan teruslah belajar. Pandanglah pasangan itu dengan mata hati, bahawa dia insan biasa yang ingin dinasihati dan dikasihi. Kalam ALLLAH di dalam Al Quran, Sesungguhnya lelaki adalah penolong wanita, wanita adalah penolong lelaki. Apakah pertolongan terbaik? Saling menasihati ke arah kebaikan, dengan kesabaran dan kasih sayang.

Bagi yang sedang berkonflik suami isteri, yang nampak perceraian depan mata, yang serabut dengan gelagatt pasangan, malah bagi yang rasa belum berkonflik teruk pun - saya suka mencadangkan membaca beberapa kitab. Kita baca, fahami dan cuba praktikkan ilmu dan relationship skills yang dikongsi agar kita semua bahagia dan sentiasa muda untuk bercinta. Saya ingin kita semua bahagia, dan bercinta hingga ke syurga.. [Semua buku/kitab di bawah boleh di dapatkan di MPH Bokkstore.]


















Dengan ilmu, kita mampu membantu pasangan kita untuk saling memperbaiki diri. Dengan ilmu, cinta dan rumahtangga kita kan terus manis dan segar. Anak-anak kita kan bahagia memiliki ibu ayah berilmu yang tulus mencintai. Ibu bapa kita dan ibu mertua kan lapang dada dan tenang hati melihatan keharmonian rumahtangga kita.

Beruntunglah kalian yang memiliki ilmu yang baik tentang pernikahan. Kalian mungkin memiliki ibu bapa yang menjadi teladan, hingga kalian memasuki rumahtangga dengan kematangan dan ketinggian pekerti. Atau kalian sejak dulu belajar dan mencari ilmu untuk mendirikan rumahtangga, hingga kalian mempunyai wawasan dan akhlak yang teguh untuk melalui alam rumahtangga.

Mungkin kalian telah terlanjur berumahtangga, perasaan cinta dan nafsu melebihi kematangan hingga kalian kini merasa pedih dengan pasangan dan perjalanan rumahtangga. Kita masih punya peluang untuk belajar, memperbaiki diri sebagai suami dan isteri, bercakap dari hati ke hati dengan pasangan, yang penting jangan terlupa belajar, membaca dan mengkaji satu kitab yang paling penting. Hingga kalian mampu mengamalkan ilmunya di segenap kehidupan.

Dengan kitab ini, kalian akan bahagia, di luar atau di dalam pernikahan. Kalian akan bahagia, di dunia dan di syurga. Jika hati-hati merasa sempit dan kosong, bertanyalah pada diri.. di mana AL QURAN di hatiku..? Kehidupan kita yang bernama manusia akan terperosok ke jurang masalah dan keserabutan yang dalam andai manual kehidupan bernama al Quran ini tidak kita fahami kandungannya.


Model Handphone yang mahal lagi canggih punya manual, apatah lagi kita manusia yang komplikated. ALLAH bekalkan kita AL Quran untuk kita berfungsi memanfaatkan seluruh potensi, kelebihan dan bersabar dengan kekurangan.

Setelah kita berusaha belajar, membaca , mentelaah ilmu, berusaha mempraktikkan ciri-ciri pasangan yang baik lagi soleh solehah, namun tetap perceraian mendatangi, apalah daya kita manusia. Kita hidup dalam ketentuan Ilahi. Kita berusaha terlebih dahulu sebaiknya...

Saya telah melihat dan merasai pernikahan sebagai salah satu wasilah pengabdian diri yang tinggi pada Pencipta. Saya bahagia dengan pernikahan ini bila saya selalu membawa ALLAH dan syariatNya di hati. Namun bila saya lalai oleh kesibukan sendiri, menjauh dari ALLAH dan amal-amal yang dicintaiNYA, jiwa saya merasa hambar pada rumahtangga dan pasangan.
 
Bagi yang bernikah dan bercinta di arena dakwah, slogan ‘Aku bernikah di jalan dakwah’ bukan sekadar slogan yang diungkap pasangan dakwah yang bersemangat memulakan alam rumahtangga, namun bagaimana melestarikan ia merentasi tahun-tahun mendatang alam perkahwinan. Bagaimana permulaan pernikahan kalian yang baik, kita suburkan terus dengan ilmu-ilmu melayar bahtera rumahtangga...

Sekian tazkirah untuk diri dan kalian yang ingin saling menyayangi, setulus hati...


Source: http://sisi-kehidupan.blogspot.com/2010/09/kembalikan-seri-rumahtanggamu-pertama.html

p/s: perkataan saya di dalam artikel merujuk kepada owner blog sisi kehidupan.

kesimpulan: renung2 selamat berusaha, beramal & ikhtiar.

adios!!!!

Friday, August 19, 2011

serentak yang membawa padah!!!!

aloha!!!!

gara2 terlopa....

maka berlakulah.... 

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
vv
v
v
v
v
v
v
v
v


 menu di atas dari masjid terhampir dgn rumah eden mereka hantar ke rumah eden sbb semlm adalah turn neighborhood eden bermoreh (kutip dana n ajk masjid, penduduk setempat masak2 gotong royong)..... ada kurma telur, kerabu taugeh n kerang, rendang daging n tembikai... semua masakan diatas adalah sgt sgt sgt sgt heaven... 200% sedap.... (pihak masjid akan hantar makanan ke rumah orang atau kejiranan yg bermoreh)

murah sgt tau masjid nie punya daily budget utk majlis berbuka mcm nie...

eden wonder juga berapa org yg berbuka di masjid tue kan... (sbb eden tak pernah berbuka dimasjid muahahahha) 
menurut en hubby.. ramai katanya yg berbuka di masjid (taman perumahan sekitar masjid tue je ada 2-3 taman... penduduk setempat lagi... ) 


tak pe tak payah pening2 kepala pikir semua tue... biar ajk masjid pikir... tapi eden sgt puas hati n suka (hahahahha) tapi bukan lah sbb mereka bagi mknn tue... eden suka sbb merasakan objektif memberi makan kepada orang berpuasa tue tercapai.... tengok je amount makanan yang mereka beri kepada eden tue... byk kan.....  kalau di masjid tue mesti la lagi banyakkan...)


kalau mereka kutip dana lagi pun eden rasa ok sebab disalurkan pada cara yg betul insyaallah... masjid nie juga aktif tau dgn aktiviti2 kemasyarakatan yang lain.....


Pada HARI YANG SAMA JUGA..... tempat eden mencari rejeki nie pun bermoreh juga di masjid dalam compound nie la (confirm la kan mereka tapaukan lagi.... hahahha)
dan menunya adalah seperti di bawah.....


 
 kobis n sawi goreng, daging goreng, sambal udang n ada kurma kambing kot.... 
daily bajet utk moreh disini adalah 80% lebih dari masjid di atas.... oh ye... kebetulan juga VVIP tempat keje eden nie juga berbuka disini semlm ... (motif eden bgtau??? ntah... :)))

rasa makanan????? sedap.... :)

motip eden nak bgtau sebenarnya... (punya la pjg intro...) ialah... hasil daripada pertembungan moreh yang tak disengajakan ini (terlupa hokehhh)... maka semlm meja makan eden adalah terlalu penuh sebab ada juga tambahan dr PARAM ye khawan2 semua hahahhahaha.....
stok mknn tue semua adalah cukup utk berbuka selama 3 hari.. hahahha... (semua2 tue eden dh freezekan.. biar mereka gigil2)


kesimpulan: rezeki jangan ditolak n jangan dibazirkan.. membazir itu saudara syaitonnirrajimmm 

pesanan khidmat masyarakat ini di taja oleh...... tak de tajaan hehehhehehe

Happy weekand n selamat beramal di bulan ramadhan

Adios!!! 

Friday, July 29, 2011

Friday Thought: Bagi peluang....

aloha!!!

SEmpena menyambut ramadhan nie kan...
eden nak bagi ekau2 semua peluang melakukan amal kebajikan...
nak tau apa dia???? boleh buat mulai minggu depan tau.... (1 Ramadhan)

SILA LANCARKAN TABUNG DERMA KILAT UNTUK EDEN..... KARENA..........

EDEN MAHU BELI HP BARU.......... KARENA.....
HP eden yang sekarang nie udah masuk lubang JAMBANnnnnnnnnnnnnnnn isk isk iskkkk.......... (jangan coba2 nak membayangi apa2)

status semasa HP eden>>> sedang diberi rawatan CPR (hahahhaha... ada jijik?????????) sudah 3 hari rawatan diberikan....

untuk makluman... Kalau Tak Ada HP saya TAK OK!!!!!!! :(

sekian luahan perasaan untuk kali ini..... sila doakan kesejahteraan HP eden..

kesimpulan.. bukankah beramal jariah di bulan ramadhan pahalanya berganda2... applicable tak utk scenario di atas hagak2nya? hahahhahahha ........ isk isk isk... (kejap gelak kejap nangis ......)

ADIOS!!!!!!

p/s: kepada feminat2 diluar sana... kalau agak2 merindui eden (sila pengsan hahahah) atau apa2 xtvt gosip-gosipan sharing is caring....... mohon send me an e-mail ye..... status semasa HP akan di maklumkan dari masa ke semasa..... (perhhh tak hagak2 macam jotaan peminat di alam cakrawala kekdahnya...)

Friday, July 15, 2011

Friday Thought: Anakku, Siapa Tuhanmu nanti?

aloha!!!

tajuk bukan main hebat bukan.. sekali eden mulakan dengan ALOHA...

ehem.. ehem... (ambil mode Ostajah)...

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarokatuh... (bagi salam kena panjang.. ekau2 yang menjawab pun jawab panjang2 jugak)

kan dolu2 eden ada kata... blog eden nie ada penasihat agamakan yang eden lantik.......
jadi baru2 nie... penasihat agama eden yang bertauliah nie.. cadangkan kepada eden untuk menjemput seseorang yang berpengetahuan luas supaya boleh berkongsi topik ini sebagai pedoman n pengisian untuk ekau2 semua supaya kita sama2 merenungi dan merancang hala tuju kehidupan hanak2 kita yang soleh, solehah, comel, kiut, miut, bertuah, intan, payung, tue semua la...

jadi....

sebelum ekau2 semua baca... sila sediakan... kopi atau nescaffe sejug (nak bancuh dlm measuring jar pun boleh) ... , and kuih atau mee atau pizza atau apa2 makanan dalam semangkuk dua.... kalau ekau2 tak de boleh minta sikit dari ahkak Chloe kita 

(p/s utk ahkak chole... pepagi jumaat nie elok le buat makan2... sedekah amal jariah... hehehhe.. tetiba je ahkak chloe terlibat dlm konspirasi tazkirah eden.... hahahhaha)

muslimin & mulimat yang di rahmati allah sekalian (mode ostajah yg khusyuk lagi tawwadduq)

dalam mendidik hanak2 kita... apa yang sangat2 utama yang perlu kita PASAKKAN (tetiba je capital... serius tue maksudnya) kedalam minda hanak kita yg kiut miut itu ialah.... IMAN.

bagi merungkai isu iman ini.. tanpa melengahkan masa saya menjemput AL-FADHIL USTAZ ADIB
untuk memberikan tazkirah beliau yang bertajuk..... Anakku, Siapa Tuhanmu Nanti
yahoo image searched..

kesimpulan.. Sharing is caring katanya...

ps: ustaz adib BUKAN penasihat agama blog eden...

wassalam

adios!!