Tuesday, September 21, 2010

Morning Thought

salam all ....

pepagi nie kan minda n hati tgh tenang lagi bersih nie... jom kita renungkan hubungan kita dgn ank2 n bagaimana kita mendidik anak... saja nak kongsi2... sharing is caring kan kan kan...

this article brought to you by resepirahsiaku . eden sekadar memanjangkan saja nukilannya... agak panjang tapi bagus utk mengingat kita yg sentiasa lupa ini... bukankah manusia itu sifat nya pelupa.... jadi ingat mengingatkan sgt lah baikkkkkkk.... take your time to read!!!

1. Kurang berdoa.
Sudah kita solat tak cukup
5 kali sehari. Ambilnya yang wajib sahaja. Dah selesai solat kita tak berdoa langsung. Padahal berdoa adalah melambangkan kita bergantung harapan pada ALLAH kerana adakala usaha sahaja tidak mencukupi. Kita perlu iringkan dengan doa. Juga kena selalu memohon keampuanan dari ALLAH dengan beristighfar.
Dan buat yang mengandung, selalu lah minta maaf
dari suami sebab janganlah kita mengandung dalam keadaan berdosa. Suami tu pulak janganlah kedekut sangat nak maafkan isteri..mentang-mentang dia ade kuasa veto, secukup rasa je kalau nak marah...
Disertakan juga di sini ayat dari Al-Quran untuk berdoa khusus untuk anak-anak.

Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali `Imran, 3 : 8-9)
3:8. "Wahai Pemelihara kami, janganlah menyimpangkan hati kami setelah
Engkau memberi petunjuk kepada kami, dan berilah kami pengasihan
daripada sisi Engkau; sesungguhnya Engkaulah Yang Pemberi.

3:9. Wahai Pemelihara kami, sesungguhnya Engkau yang mengumpulkan manusia untuk satu hari yang padanya tiada keraguan; sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji temu."

Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali `Imran, 3 : 38)
3:38. Kemudian Zakaria berdoa kepada Pemeliharanya, dengan berkata, "Pemeliharaku, berilah aku daripada sisi Engkau satu keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau mendengar doa."

Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
14:40. Wahai Pemeliharaku, buatlah aku seorang yang melakukan solat,
dan daripada keturunanku. Wahai Pemelihara kami, dan terimalah doaku.

14:41. Wahai Pemelihara kami, ampunilah aku dan ibu bapaku, dan
orang-orang mukmin, pada hari apabila perhitungan didirikan.

Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2
: 128)
2:128. Wahai Pemelihara kami, buatlah kami muslim (tunduk patuh) kepada Engkau, dan daripada keturunan kami, umat yang muslim kepada Engkau; dan perlihatkanlah kepada kami peribadatan kami, dan terimalah
taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih

Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25: 74)
25:74.
Yang berkata, "Wahai Pemelihara kami, berilah kami kegembiraan daripada isteri-isteri kami, dan keturunan kami, dan buatlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa."

Juga bila kita namakan nama anak, biarlah yang baik-baik. Juga doakanlah nama dia tu membawa manfaat buat dia...
2. Banyak menakutkan anak-anak dari memberi semangat kepada mereka.

Dalam kita tak perasan, kita selalau takutkan anak-anak dengan belalang pelesit, tempat gelap, jururawat padahal mereka tak sepatutnya takut dengan benda macam ni.
Mungkin kesan dari kita yang suka menakut-nakutkan dia dulu..Sebaik anak perempuan. Kalau anak laki kurang lah nampak gagah dia juga dinyatakan oleh ustaz ni, jangan paksa anak tidur dengan cara yang keras.

3. Tidak tegas dalam mendidik anak.
Mungkin sebab kita tak menjadualkan kegiatan harian mereka. Solat mereka kita tak jaga. Makan mereka berterabur. Jadi kita nak salahkan sesiapa kalau mereka tak berdisiplin. Terkadang masa juga kita hanya fokuskan anak-anak pada satu aktiviti je. Contoh suruh dia baca buku sedangkan dia perlukan juga permainan utk mengembangkan minda dia.
4. Menegur anak secara negatif.

Mentang-mentang la kita ni selalu laser staff
kat opis, dan selalu juga kita membelasah pelanggan-pelanggan kita.Tapi tidaklah boleh dipraktikkan perkara ni buat anak-anak. Kerana mereka perlukan teguran yg membina. Juga mereka tak suka jika diri mereka dibandingkan dengan saudara yang lain.
5. Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani, rohani dan minda
.
Ramai diantara kita nak melahirkan anak macam Nadia Amirah, Amalina. Maksud saya dari segi kepandaian la sedangkan mereka perlukan bimbingan dari pelbagai aspek. Bagaimana berhadapan dengan masalah,
berdepan dengan masyarakat dan benda lain.
6. Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak .
Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Ini memang silap besar la dimana Rasulullah telah menunjukkan cara yang jelas tapi kita tidak ikut.
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. :
Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang
anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi." (Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
7. Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas.

Kalau dah kita selekeh, lepas itu
seksi kat umah, mana boleh salahkan anak kalau dia nak pakai yg macam kita. Tunjukkanlah contoh yang baik kepada mereka, supaya mereka tak terbiasa dengan keadaan yang kita sendrii tak selesa.
8. Susunan rumahtangga yang tidak kemas.
Perkara ini akan menyebabkan mereka biasa dengan keadaan selekeh.
Seterusnya mereka akan jadi malas.
9. Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya.

Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi. Saya rasa pun
juga kalau setiap keluarga tak mengamalkan buat sesuatu bersama-sama maka akan hilang
kesepakatan dalam keluarga tu. Saya rasa testimoni tentang berjemaah dalam keluarga memang membuktikan banyak keluarga yg berjaya berbanding dengan satu keluarga yang cukup sekadar bagi belanja kepada anak-anak untuk buat hal sendiri.
10. Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak.
Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah. Tapi kenalah kawal Janganlah sampai tahap mendera budak. Saya tak pernah lagi la rotan anak-anak tapi di rumah datuk mereka memang ada rotan tergantung dan saya pun taktau rotan tu apa gunanya. Mungkin ada masa boleh kita ugut anak-anak. Mesti tak berani punya buat salah. Tapi kalau asyik bedal pun anak-anak makin jauh juga dari kita , fikirlah ye sebelum melaksanakan amalan merotan.

11. Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia.
Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam. Maklum lah Sekarang ni ada banyak program yang keduniaan sangat. Jom heboh la, Akademi Fantasia lah., Mentor One In a Million. .Konsert merata ceruk ..Tapi sedarkah kita adakah jiwa anak kita terdidik kalau kita menggenggam tangan mereka ke tempat sebegini?
Maaflah kepada penganjur... Berkatalah benar walaupun pahit.
12. Bertengkar di depan anak-anak.

Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya. Jangan kata bertengkar, kalau nak tegur apa-apa pun biar jangan depan anak-anak. Kadang abah yang marah sebab kesalahan maknya, tiba-tiba anak-anak bencikan abah sebab asyik marah kat mak dia sedangkan mak
dia buat salah bukannya besar pun.
13. Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak.

Kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar. Kalau pun nak bawak masuk, mungkin kita kena bagitau dulu pada anak-anak. Ada masa juga kita nak bawa masuk orang
yang berperangai dia pelik ni untuk mendidik orang tu. Biasanya kalau rumah kita memang harmoni, orang yang berperangai
pelik juga akan segan utk berkelakuan pelik.
14. Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video.
Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak. Ada rasanya saya dah cerita sebelum , mertua saya kalau tengok TV mesti bab berita atau forum agama atau apa2 yg berkaitan dengan agama dan mungkin lebih kalau ade siri dokumentari. Kalau tiba kat iklan, dia akan tutup terus TV dan tunggu untuk beberapa ketika sebelum buka TV semula. Juga bila siri ramalan cuaca dalam berita disiarkan, kan ade lagu untuk mengiring?? Masa tu dia akan perlahankan volume. Saya memang hormat habis dengan mertua saya. Bolehkah agaknya saya meniru macam mertua saya.

15. Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak.
Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam. Anak-anak tak
boleh disalahkan kalau mereka baik dengan pembantu rumah. Berilah mereka lebih banyak masa bersama kita agar mereka akan menyayan
gi kita selamanya.

Monday, September 20, 2010

skandal dgn kenwood BM450

salam aidilfitri semua... masih mood raya? mestilah.. ke dah ada org yg moodnye utk meroti??? merujuk kepada MR khunun2nya ramai le yg bertanya sakan merisik2 lagi bergosip2 lagi memojok2 untuk memiliki BM450 jugak kannn.....  sesungguhnya.. BM450 ini sgtlah hensem lagi BERMATA BIRU... hahahha sgtlah
exagerrate kannn....
Tapi.....

eden disini dengan rendah hatinya (ececeh... sentimental gitu..) ingin memohon maaf le ye sbb segala impian n angan2 kepada sesiapa yg bertanya itu tidak dpt dipenuhi hahhahah.... dah TUTUP a.k.a CLOSE.....

utk mengurangkan rasa kesedihan kamu, kamu dan kamu semua... sila la memujuk diri, meroyan, bermimpi lagi mengigau di sini .

pasal raya n apa yg eden gigil2kan sebelum raya nnti eden update... xtvt meroti juga belum eden mulakan...

ok... selamat keje kepada semua readers....

adios!!

Monday, September 6, 2010

tenyo

ok ok ok ... eden tau blog eden nie sgt le lama eden pekasamkan kan kan kan... jadi nie eden nak mula xtive kan balik nie setelah gadget penting utk xtvt mengupdate blog nie pun pulih... so ini eden nak perkenalkan my new nephew..... amzarul hadif.... baru 2 minggu... ini gambar lama.. skang dh 3 bulan umur nya

p.cik, m.cik, acho, angah, k.yang and uda fawwaz.... nanti kita jumpa ye... sbb skang saya lagi BOOOOLLAAATTTT mcm ayah saya....

SELAMAT hari raya...

Surat terbuka untuk MR

salam...

kehadapan MR,

sebagaimana yg mr sedia maklum.. buruh kasar atau maid yg kita order telah selamat sampai.. tiada sebarang mabuk laut dikesan.. pasti mr tgh gigil2kan nak tengok wajah maid itu... n gigil2 juga utk mencampakkan adunan kedalam nya.... jadi silalah mr meroyan dgn gambar2 indah di bawah ini.....
hehehe.... amacam??? ada debaran??? 1 ekau punya... 1 eden punyo...

kotak didalam kotak kekdahnya... mesti MR dh meroyan2 dah nie

jeng... jeng...jeng.... sila bawa bertenang ye...


BM450 uolssssss beserta buku ... mantap tak??? ini dari depan ye MR

kalau dari atas rupannya mcm nie...

ada hensem?? menarik tertarik kau mmg deboommmm... hitam bersinar.. sgt simple & elegant bukan???sesuai dgn konsep dapur eden.... MR pasti tak sabar2 nak menekan2 button kat atas tue kan memberi arahan...

MR ekau kena gigil2 lama lagi lah ek sbb ekau hanya boleh menatap wajah buruh kasar ekau ini kalau ekau beraya di rumah cek lala tak gitu????

SEKIAN....
p/s ekau punya kotak eden tak bukok pun... yg kat atas tue gambo BM eden.. nanti ekau tayang buruh BM450 ekau pulok kat sini ye... adakah sama atau BERBEDA????? eden akan mula mengkaji cekadak nie lps eden balik dr cuti raya... skang ada benda lain yg perlu eden gigil-gigilkan....


Friday, July 16, 2010

Friday thought>>>> money money money moooooney!!!!!! money!

aloha.... ittaqullah... udah macam nak bagi khutbah jumaat bukan? no no no ... actually eden baru je lepas baca blog kawan di diSINI berkaitan topik tersebut. Langsung terpanggil untuk membincangkannya.. cewahhh...

harga petrol naik, gula naik.. so lps nie harga barang2 semua naik.. confirm la.. so bebanan kewangan semakin dirasai oleh golongan marhean tak gitu MR? kepada yg bergaji puluh2 K tue mungkin tak kisah... so mak2 pak2 pula yg dok kat kota metropolitan yang setiap kali pegang stereng nak kuar keje atau mana2 je mesti DIpaksa atau TERpaksa dating dgn aweks2 TOL x kira la LDP ke, NKVE ke, GUTHRIE ke.. (ada ke sesapa yang mmg rela nak berdating dgn awek2 nie? x de bukan?? kalau boleh semua nak berdesuppppp je bila lalu kat depan tol gate tue kan....) ok sambung balik>>> mesti lps nie berpeluh je sbb kos kehidupan semakin meningkat.. haaaaaaaaaiiisssh mcm buat karangan masa SPM plak rasanya... eden nak cakap mcm nie je la senang.... kedudukan ekonomi keluarga haruslah sentiasa mantap n terkawal utk menjamin kemaslahatan bersama... bukan le nak kata duit itu segala2nya.. tapi mmg fact kan no money no talk... kalau ada duit.. macam2 boleh buat... dan dlm sebuah keluarga islam tanggungjawab mencari rezeki untuk menanggung isteri & keluarga sgt jelas disebut (ini fact ye bapak2 somi2.. bukan berat sebelah atau apa..... hahahahhaha gelak penuh gembira) tapi tak salah kalau ibu2 mahu membantu meringankan beban bapak2 dan anggap sebagai sedekah... BUKANKAH AMAL JARIAH (SEDEKAH) ITEW BEKALAN DI ALAM BARZAKH??? byk kes perceraian disebabkan ekonomi yg rapuh... ececeh.. dah mcm kauselor rumah tangga plak rasanya... so.. bapak2 ibu2... disini eden ingin menyeru (sambil menundukkan muka dgn penuh kesopanan & kesusilaan n kedaulatan undang2) sila bekerja lebih keras utk mencari rezeki yang halal dan penekanan utk bapak2 sila lipat gandakan usaha & jujur ye.. sesungguhnya yang baik dari Allah SWT yang tidak tue dr kelemahan diri eden sendiri... terima kasih atas jemputan bagi ceramah sempena isra' mikraj ini >>>> hahahha apakah yg eden merepek meraban nie... feeling2 jadi ostajah cakar harimau hahahha)

setelah pjg lebar eden membebel... actually the FRIDAY's THOUGHT nya ialah... duit ai, duit ai, duit yu, duit ai jugak.... hahahahha (gelak sambil guling2 tergolek2) boleh gitew? MR mesti panas v*nt*t sbb dia off 2 hari je eden dah ambil alihtempat dia sebagai ostajah.....

see ya!!

Friday, July 9, 2010

adik plak

nie adik plak... layan...

sebelum tue.... cuba teka agak2 ini tangan sapa? tuan punya tangan sila feeling2 tangan anda halus mulus lagi runcing...(betul ke istilahnya???)




hello hello..... bye bye.. gambar saya tak banyak lagi..

Thursday, July 8, 2010

ABC

apasal tajuknya mcm tue ye? hantam sajela labu.. eden ketandusan idea n kekurangan gadjet utk menghupdate blog eden nie... walaupun dah tukar kepada nama n url baru tapi idea tetap tidak bercambah..... so awak, awak, dan awak semua sila layan je gambar2 di bawah ini....



ni taxi.. toyota altis ke vios hokeyy.. melampokan org2 thai.. gambo sgt parkinson so maafkan la... eden snap dr atas bas je..
ada gak taxi warna pink tau.. jap eden godek sbg bukti... NO EVIDENCE NO TALK ok??? feeling2 jadi lawyer hihihi




heheheh.. amacam? so sapa menang ini kes? haruslah eden kan.. depan tue pun taxi tau yg pinky2 tue...

bawah nie plak tak de kaitan dgn unsur2 di atas
k.cho.. model kanak2 utk KFC Chicky meal... (ish tak la.. )




k.cho juga.. mari bermain bersama arnab...

ok selesai.. sebonanya eden dah type n3 nie tadi ltk gambar adik n merapu mcm2 tup2 tak leh save apa ntah blog.com nie langsung tinggal mcm nie je..  lenkali je la eden tepek gamabar adik...

adios... N3 tajuk ABC bukan ais batu campur ye tapi Aktiviti BerCampur2 hihihi.. nnti senang2 tepek hasil keras tangan n air tangan eden plak