Friday, October 28, 2011

tanpa motip: mata baru...

aloha....

laporan eden kali nie...


mata lama..... lens terkeluar n pecah so tak boleh diselamatkan lagi.... umurnya hampir 6 tahun.... masa zaman2 transition (ala.. yg bila panas dia jadi hitam.. bila tak panas dia biasa je)  di perkenalkan...

mata baru..... guna lens lama (spare) tapi teknologi lensnya lebih terkini dr kat atas tue.. frame je baru....

mata baru dari depan....
tamat la episod kekaburan eden utk 2 hari..... yang mengakibat:

eden tengok monitor PC dgn jarak 10cm kurang lebih.... udah macam nak cium monitor je kekdahnya.. weird kannn....

sangat la seksa bila discussion via phone biasa  yang kabelnya pendek plak tue..sambil perlu merujuk2 melihat2 mencari2 info di monitor.....

memandu diwaktu panas terik n cerah mmg la heaven tapi kalau hujan lebat berserta guruh n kilat mcm cuaca 2-3 hari nie.... sgtlah stress hokey.. haruslah park kat mana2 n lepak bersama kitkat... (walopun eden memandu hari2 tak de la jauh mana) memandu waktu malam????? no no no baiklah eden tidur dari drive kan....

tapikan tapikan..... walaupun sudah dpt gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi... tapi mata lama eden is my favaourite among mata-mata yang pernah eden miliki. malahan mata baru pun tak mampu menandingi mata lama eden... mata baru nie adalah mata terdesak cuma isk isk isk...

REST IN PEACE my mata lama

kesimpulan: jagalah mata agar hati turut terjaga.... dari mata turun ke hati.....

adios!!!!

GNK: Burger VS Apple

aloha... segmen gemok nak kurus eden...

 untuk makloman semua...

ecece... penurunan tiadalah memberansangkan memandangkan tiada exercise extreme semenjak dua menjak nie...

sekian eden melaporkan dr Rio Dejeneiro utk Buletin tak berapa nak utama...

sebelum tue sila layan gambar ehsan dr http://idiva.com nih utk motivasi seterusnya...


yang mana satukah ekau????? eden ngaku eden yang KURUS itew muahahahahhaha.....

Kesimpulan: tiada jalan mudah semua perkara. usaha diperlukan.


adios!!!!

Friday, October 21, 2011

Friday Thought: Halaqoh...

aloha!!!

good to read..

tapi pjg yang hamat...
so ekau semua kalau ada masa byk boleh le baca....

Sekarang saya sering membaca buku-buku atau artikel tentang pernikahan, kerana secara langsung dan tidak langsung saya dihadapkan dengan konflik-konflik alam rumahtangga. Adalah biasa jika konflik-konflik itu sekadar membuat pasangan merajuk sehari dua, namun jika konflik itu membawa mereka pasangan suami isteri  memutuskan ikatan pernikahan yang dimaterai bersaksi ALLAH [baca: bercerai], saya jua turut dirundung duka dan kesal.

Sejak bergelar isteri, pelbagai juga kisah rumahtangga yang saya dengar, dan rasa bergetarnya hati banyak sekali kisah itu adalah kisah sedih. Sebelum berumahtangga, pandangan saya seolah tertutup dari melihat banyaknya rumahtangga yang bergoyang ditiup taufan ujian. Saya tahu ada rumahtangga yang tak bahagia, tapi sekarang nampaknya makin ketara.

Hari ni rumahtangga kalian diuji, kelak mungkin rumahtangga kita pula yang dilanda badai, nauzubillah..

Kata orang, awal-awal perkahwinan itu indah belaka. Setahun dua perkahwinan adalah manis dan cantik teratur, begitu kata-kata dalam buku self-help tentang love and relationship. Tapi kata-kata itu nyata bertentangan dengan beberapa kisah rumahtangga muda-mudi yang berlaku kini.

Ada sepasang suami isteri, perkahwinan mencecah 4 5 bulan, sudah dibawa berbincang untuk perceraian. Padahal dulu berjuang untuk sebuah perkahwinan melalui orang tengah yang berusaha memujuk ibu bapa. Ada isteri yang telah merasa asing dan jauh dari suami belum pun mencecah setahun usia perkahwinan, sedangkan dulu sebelum kahwin was a very loving couple kononnya.

Wahai suami dan isteri, tak mungkin perkahwinan menjadi sumber kebahagiaan jika buku-buku tentang kehidupan berumahtangga dibaca hanya sebulan dua sebelum bernikah dan selepas itu, berhenti mengkaji bagaimana perjalanan sebuah rumahtangga yang benar barokah dan berjaya.

Tidak mungkin perkahwinan yang dibina terus unggul jika bekal ilmu dan kemahirannya hanya sekadar yang diperolehi dari kursus perkahwinan anjuran Jabatan Agama selama dua hari. Selepas itu, suami isteri sibuk mencari duit, sibuk menikmati hasil duit  hingga tidak memandang peri pentingnya menyediakan duit untuk mencari ilmu, membeli bahan bacaan atau menghadiri kursus-kursus untuk memantapkan perkahwinan.

Tak mungkin perkahwinan mampu bertahan jika memasuki alam pernikahan hanya kerana didorong untuk mempunyai teman, hanya untuk menyalurkan fitrah nafsu perasaan, tanpa wawasan yang besar bahawa pernikahan itu antara lain adalah supaya suami dan isteri menjadi orang yang lebih baik dengan bernikah. Untuk menjadi lebih baik pastinya dengan ilmu. Untuk dua makhluk ALLAH lelaki perempuan yang berbeza hidup bahagia dan bekerjasama, pastinya perlu ilmu.

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahwa suami dan isteri terus bergaduh dan bergaduh kerana kita tak pernah belajar cara bergaduh yang selamat dan constructive. Kita bergaduh seperti mana dalam drama-drama atau mungkin ibu bapa sendiri yang bergaduh dengan kata-kata kesat menikam perasaan hingga itulah yang menjadi ikutan kita.

Perasaan suami dan isteri saling disakitkan kerana kita tak faham bahawa lelaki dan perempuan melayan perasaan dengan cara yang berbeza. Kita serabut dengan isteri yang selalu merajuk dan 'buat muka', kita juga sedih serabut dengan suami yang macam buat tak kisah atau tak reti memujuk.

Antara suami isteri, bila ada perkara yang kita tak setuju, kita diam dan mengomel dalam hati, memendam perasaan. Atau kita bercakap-cakap di belakang pengetahuan suami dan isteri. Atau kita menyerang mengkritik suami atas perkara yang kita tak setuju, tanpa ada pengetahuan atau kekuatan untuk kita menyatakan ketidaksetujuan dengan hikmah. Hingga akhirnya kita akan mengungkapkan...

"AHHH LELAKI SEMUANYA SAMAAAA....!!?"

Wahai suami dan isteri, belajarlah dan teruslah belajar. Pandanglah pasangan itu dengan mata hati, bahawa dia insan biasa yang ingin dinasihati dan dikasihi. Kalam ALLLAH di dalam Al Quran, Sesungguhnya lelaki adalah penolong wanita, wanita adalah penolong lelaki. Apakah pertolongan terbaik? Saling menasihati ke arah kebaikan, dengan kesabaran dan kasih sayang.

Bagi yang sedang berkonflik suami isteri, yang nampak perceraian depan mata, yang serabut dengan gelagatt pasangan, malah bagi yang rasa belum berkonflik teruk pun - saya suka mencadangkan membaca beberapa kitab. Kita baca, fahami dan cuba praktikkan ilmu dan relationship skills yang dikongsi agar kita semua bahagia dan sentiasa muda untuk bercinta. Saya ingin kita semua bahagia, dan bercinta hingga ke syurga.. [Semua buku/kitab di bawah boleh di dapatkan di MPH Bokkstore.]


















Dengan ilmu, kita mampu membantu pasangan kita untuk saling memperbaiki diri. Dengan ilmu, cinta dan rumahtangga kita kan terus manis dan segar. Anak-anak kita kan bahagia memiliki ibu ayah berilmu yang tulus mencintai. Ibu bapa kita dan ibu mertua kan lapang dada dan tenang hati melihatan keharmonian rumahtangga kita.

Beruntunglah kalian yang memiliki ilmu yang baik tentang pernikahan. Kalian mungkin memiliki ibu bapa yang menjadi teladan, hingga kalian memasuki rumahtangga dengan kematangan dan ketinggian pekerti. Atau kalian sejak dulu belajar dan mencari ilmu untuk mendirikan rumahtangga, hingga kalian mempunyai wawasan dan akhlak yang teguh untuk melalui alam rumahtangga.

Mungkin kalian telah terlanjur berumahtangga, perasaan cinta dan nafsu melebihi kematangan hingga kalian kini merasa pedih dengan pasangan dan perjalanan rumahtangga. Kita masih punya peluang untuk belajar, memperbaiki diri sebagai suami dan isteri, bercakap dari hati ke hati dengan pasangan, yang penting jangan terlupa belajar, membaca dan mengkaji satu kitab yang paling penting. Hingga kalian mampu mengamalkan ilmunya di segenap kehidupan.

Dengan kitab ini, kalian akan bahagia, di luar atau di dalam pernikahan. Kalian akan bahagia, di dunia dan di syurga. Jika hati-hati merasa sempit dan kosong, bertanyalah pada diri.. di mana AL QURAN di hatiku..? Kehidupan kita yang bernama manusia akan terperosok ke jurang masalah dan keserabutan yang dalam andai manual kehidupan bernama al Quran ini tidak kita fahami kandungannya.


Model Handphone yang mahal lagi canggih punya manual, apatah lagi kita manusia yang komplikated. ALLAH bekalkan kita AL Quran untuk kita berfungsi memanfaatkan seluruh potensi, kelebihan dan bersabar dengan kekurangan.

Setelah kita berusaha belajar, membaca , mentelaah ilmu, berusaha mempraktikkan ciri-ciri pasangan yang baik lagi soleh solehah, namun tetap perceraian mendatangi, apalah daya kita manusia. Kita hidup dalam ketentuan Ilahi. Kita berusaha terlebih dahulu sebaiknya...

Saya telah melihat dan merasai pernikahan sebagai salah satu wasilah pengabdian diri yang tinggi pada Pencipta. Saya bahagia dengan pernikahan ini bila saya selalu membawa ALLAH dan syariatNya di hati. Namun bila saya lalai oleh kesibukan sendiri, menjauh dari ALLAH dan amal-amal yang dicintaiNYA, jiwa saya merasa hambar pada rumahtangga dan pasangan.
 
Bagi yang bernikah dan bercinta di arena dakwah, slogan ‘Aku bernikah di jalan dakwah’ bukan sekadar slogan yang diungkap pasangan dakwah yang bersemangat memulakan alam rumahtangga, namun bagaimana melestarikan ia merentasi tahun-tahun mendatang alam perkahwinan. Bagaimana permulaan pernikahan kalian yang baik, kita suburkan terus dengan ilmu-ilmu melayar bahtera rumahtangga...

Sekian tazkirah untuk diri dan kalian yang ingin saling menyayangi, setulus hati...


Source: http://sisi-kehidupan.blogspot.com/2010/09/kembalikan-seri-rumahtanggamu-pertama.html

p/s: perkataan saya di dalam artikel merujuk kepada owner blog sisi kehidupan.

kesimpulan: renung2 selamat berusaha, beramal & ikhtiar.

adios!!!!

Wednesday, October 12, 2011

DDE: brownies timbang sendiri

aloha....

semalam menuntut ilmu....
semlm juga diaplikasikan...
benda semua dah ada...
so terhasillah...

rupa sebaik saja keluar dari oven... mcm over baked kan kan kan...


tambah whipped creame kat atas dan deco dgn bintang2





keratan rentas yg malu2 kekdahnya.. cream kat atas dh mula mencair.. hahahha terserlah amaturnya hehhehe

bento kanak2 6 tahun

bento kanak2 3 tahun
bahan2nya eden ada la juga tukar2.
patut guna DARK coklat yg makan tue... tapi eden belasah guna coklat HERSHEY yang bunjut2 tue.. (eh ada org nak p langkawikan??? hehehhe)

patut guna tepung naik sendiri.. tapi eden tak guna pun hahahha.. eden letak bikarbonat sikit (sesuka hati je kan)....dan konsep eden memasak nie mcm eksperimen kat makmal.. hahhaha...

patut toping ada cream & cream cheese.. tapi eden letak cream cheese je..

hasilnya..

1) rupa paras sederhana... tak la taraf2 miss world. (kalau eden ltk rasberry bagai harusla jelitakan??? tak pe janji hati mau bersih...

2) Rasa??????? ini part paling penting... hasil kunyahan base n topping tue.. apabila mencair didalam mulut.. sambil pejam mata... dan menikmati kesejukannya.. adalah sgt heaven........

3) masa penyediaan??? sedia bhn2 timbang2, godak2 dgn mixer lebih kurang 15minit, bakar base selama 15minit, letak topping bagai n bakar lagi selama 20minit.... jadi ekau kira la sendiri hasil tambah masa2 yg eden bagi tue....

amacam??? bakat utk jadi Ratu timbang sendiri eh silap tergugat plak Ratu itew hehehhe puteri timbang sendiri dah ada. cuma skil harus di asah. muahahah sendiri buat sendiri komen... sendiri bg kata poji pojian

Ratu premix yang tak premix dah... eden lapar nak rasa roti hidung mancung ekau ;) 


kesimpulan: kalau ada bibik mcm kitchen aid mesti lagi best... sifu! tolong sponsor satu. kat sana morahkan??TQ in advance hahahhaha

Adios!!!!!

Friday, October 7, 2011

tarik sampai rebah...

aloha....

sambil2 dengar bajet dari abang najib tue... layan gambar2 nie...

cubaan menumbangkan pokok kelapa yang semakin tua yang berkemungkinan boleh memudaratkan sekitar kawasan

tinggi kan pokoknya.. siankannn... nostalgia tue pokok tue...
sekian...

kesimpulan... hero hero di atas sengaja dikaburkan agar tak glamer.. nanti jadi retis plak hahahhahaha motip la sgtkannnn...

adios!!!

patah tumbuh hilang berganti






aloha...

speechless friday kekdahnya.. layan pokok eden yg bertunas baru tue....

kesimpulan: kenyang perut mulutpun senyap.

adios.. happy weekand

Thursday, October 6, 2011

Entomologist...

aloha....

pagi nie sgtla panas n cerah cuaca di sini....
keluar rumah pukul 7.30 pagi macam sudah pukul 8.00 pg.
tapi waktu subuh pun sudah awal sekarangkan..
so logik la.. matahari semakin cepat meninggi...

selamat bekerja khawan2 tak kira la, jadi bos ke, manager ke, akauntan ke.. pengurus rumah tangga ke... apa2 la...
yang penting kerja yang halal n hasilnya berkat...
yang surirumah pun kerja tau... bukan mereka tue dok goyang kaki saja... bangun pagi sudah pasti awal.. sediakan pakaian mkn minum bagai utk suami n ank2.. lps tue kemas rumah bagai.. owhhh eden nak tulis pun semput.... hehhehehhe

ok intro yang eden rasa cukup pjg....
motip sebenar nak tunjuk kat readers semua a part of kerja as entomologist

belalang salah satu jenis insect.

cuba kira ada berapa ekor belalang yg lepaking atas pokok tomato nie...

zasssss dapat tangkap sekor.....

2 orang entomologist junior dgn peralatan masing2

serangga di pokok terung pula menjadi sample seterusnya....

kesimpulan: buka mata, buka telinga, ambil tahu sekeliling anda, fikir, jadikan iktibar dan panduan...

adios!!!!

Wednesday, October 5, 2011

GDE: sejuk tangan

aloha!!

ekau semua apa kabar? lama betul eden tak bersiaran..
koram rindu tak kat eden??? rindukan kan kan kan.. tapi mesti malu malu kucing nak ngaku... muahahaha..
eden sebenarnya banyak je bahan nak di temberangkan kat rumah belalang eden nie... tapi tue la... mood nak bercerita n mengarang tue tak de....

walaupun blogger lain pada hari rabu nie 'tiada kata' kekdahnya... tapi eden nie banyak je yang nak diperkatakan... hahhahaha

sebagai permulaan... jom eden bawa ekau semua p jalan2 kat kebun eden yang segar bugar tumbuh-tumbuhannya.....

pokok tomato ceri yang sudah mula berbuah.
eden tak tau kekdah yang betul nak menanam pokok tomato nie... mmg ikut soka hati eden je kekdahnya... yang eden ingat kalau kat cameron highland tue mereka tanam tomato mcm ada ikat2... so eden pun ikat2 je la ikut kesesuaian eden hehehehhe... kalau ekau tahu cara yg betul sila tonjok hajar yeeeee....


pokok cili padi yg eden taburkan je sepasu dgn limau purut eden dolu2... udah memberikan hasil yg lumayan.. tak yah beli cabai dah eden skang nie... petik je kat pokok...apa???? mana pergi limau purut eden????

tu haaa... nampak tak limau purut eden yang bergerigi tue???? suka betul ulat n belalang mkn daun limau nih... stress eden...  namapk tak pokok kesum eden yang berkembanga biak dgn sihat itu... bukan setakat melata malahan kesum tue meninggi tau... hampir sama tinggi dgn kunyit eden......

tadaaaaaaaaa........... pokok bendi eden yg sedang giat memberikan hasil...... mungkin bendi nie nak meriak pada sikunyit yg tak mampu berbuah itu... tapi daun kunyit tue sgt sgt la besarrrrrr..... eden soka :))

pokok nie eden suspek pokok bayam... sbb bukan eden yang tanam... tapi eden tak cabut sbb nampak mcm pokok bayam n TERSANGATla banyak belalang kat pokok bayam nie...... dah jadi mcm rumah belalang plak... so tue sbb eden tak cabut pokok nie... biar belalang mkn pokok bayam sesat nie... rather than belalang mkn pokok yg eden tanam hehehehhehe... pokok umpan la tue kiranya....


motip gambar nie terlebih besar?????????? sebab eden nak tunjuk kekdah petani amatur menanam tomato n kacang botol (kelisa).... canggih tak kayu memanjat yg eden letak utk pokok kacang tue memanjat????? canggih la.. cuba ekau cari kat mana2 agro farm... harusla tak de kayu memanjat yg cenggitu designnya khennnnnnn.... kebun eden je ada.... thinking out of the box katanya... world class technology kekdahnya ... hahhahahaha silalah pengsan 100X beramai2...

sebelah pokok kacang tue... yang macam kena hukuman gantung sampai mati tue adalah deretan pokok2 tomato ceri eden..... asalnya tomato tue melepek je kat atas tanah... than eden pun pacakla kayu n tarik tali antara kayu tue... dah mcm ampaian baju je gayanya...... lps tue eden ikat pokok tomato tue eden sangkut je kat tali tue... hahahhahaha.....

gambar nie eden nak tunjuk apa ye??? kesum? kunyit? kucai?? cabai?? bendi?? ntah.. ekau tengok je la...oh ye... di celah2 kesum.. di bawah kunyit and dibelakang bendi tue ada satu lagi pokok.... agak2 ekau pokok apa???

sila teka ye... kalau betul insyaallah ada GANJARANNYA hehehehhehe

kesimpulan: dalam usaha mengurangkan pemanasan global @ kesan rumah hijau
atau dengan izin Tuan Yang Dipertua
Global warming & green house effect..... hehehehe ;)

adios!!!