Wednesday, March 13, 2013

kebaikan bersarapan pagi

aloha...

ilmiah sangat tajuk eden kali ni kan... ha ha ha  ha

apakah yang dimaksudkan dengan sarapan pagi? 

makanan PERTAMA yang diambil oleh individu sebaik saja bangun dari tidur di WAKTU PAGI. ( ok waktu pagi ye kawan2 bukan tgh hari bukan juga BRANCH (combination of breakfast & lunch)). so waktu yang sesuai untuk sarapan ikut fahaman eden 6.30 - 7.00pagi (untuk anak2 kesekolah) hingga 9.30 pagi (untuk ibu2 bapa2 yang membanting tulang mencari rejeki mahupun yang SAHM)

apakah menu sarapan pagi yang baik?

menu pilihan untuk sarapan pagi yang baik haruslah terdiri dari makanan yang mengandungi karbohidrat atau bijirin bertujuan untuk MERANGSANG FUNGSI OTAK. (huruf besar lagi sbb penting gituuu). diikuti dengan minuman berkhasiat (contoh: produk2 tenusu) patutla pakar2 pemakanan kata sarapan nie adalah makanan untuk otak...

apakah faedah bersarapan pagi dengan menu yang sihat setiap hari?

kehidupan lebih berkualiti & teratur, daya pemikiran positif, LEBIH LANGSING  dan daya fokus yang tinggi. (ini kesan untuk kebanyakan org la.. untuk eden nie mcm tak langsing2 pun.. :(

apakah kesimpulannya?

Bersarapan seperti RAJA, makan tengahari seperti ANAK RAJA dan makan malam seperti SEORANG MISKIN atau orang arab kata bersarapan SEORANG DIRI (boleh makan banyak le teww), makan tengah hari BERSAMA KAWAN ( sharing is caring kekdahnya.. makan pun sederhana je kuantitinya.. maklum la share kan..) makan malam BERSAMA ORANG KAMPUNG (banyak sama dirasa.. sikit sama dicicah kekdahnya.. maksudnya tue mkn sikit le.. bukannya buat kenduri makan tetiap malam tapi kalau buat kenduri boleh je.. ajak je eden sekali (eh kata nak langsing..)).

so what? ( kata ekau semua kan???)

so lets have breakfast buddies ;) (jawab eden sambil betulkan pasola)


duta eden untuk kempen mari bersarapan pagi... hihihi
suapan akhir macaroni cheese baked untuk sarapan pagi sebelum menuntut ilmu.
p/s: info dari pelbagai sumber. untuk maklumat yang lebih terperinci ekau boleh la google ye.. maklumat dihujung jari katanyaaa..

adios!!

1 comment:

Yana Halim said...

lagi elok bersarapan sebelum subuh...hehe...