Thursday, September 30, 2010

perkongsian bijak



tak de idea.. tapi nak buat juga N3 pendek...


Demimu BEN 10 ... kami rela berkongsi kerusi.

adik menggunakan kekuatan kaki utk menahan diri dr terjatuh kerusi.. k.cho plak dpt duduk sikit je pun jadi la... yang pasti episod mana yg ditonton ditentukan oleh k.cho.. adik tak kisahhh (kata adik>>> agaknya la)

Yang nie plak menu dinner last nite.. tapi eden mkn cucur jagung je utk berbuka semlm..

seafood kueteow horfan... rasa utk last nite eden tak tau sedap or not sbb eden tak rasa pun.. tapi selalunya kedai nie sedap la..

Friday, September 24, 2010

ADAB BERZIARAH

bulan2 syawal nie kan byk open house yg akan dihadiri... lps tue kenkadang kengkawan kita pun ajak dtg rumah mereka utk beraya walaupun mereka tak buat open house sbb utk dtg beraya tak semestinya kena buat open house baru boleh p beraya kan ... tapi dlm kita seronok2 nak p beraya rumaha rakan taulan.. jgn lupa adab2 ziarah yg eden cedok dari sini
Disarankan kita sebagai bakal tetamu perlulah menekankan adab2 ziarah berikut....

AMALAN ziarah-menziarahi sememangnya dituntut oleh agama. Bukan sekadar menziarah kaum keluarga atau sanak saudara bahkan jiran-jiran terdekat hatta individu yang tidak pernah dikenali sebelum ini.

Tujuan kunjung mengunjung adalah untuk merapatkan silaturahim dan saling bermaafan. Bukan bertujuan untuk mendapatkan duit raya, memperaga baju raya paling cantik, mahal ataupun melihat setiap hiasan atau susun atur rumah yang kita kunjungi.

Islam memperincikan beberapa syarat atau adab yang perlu diamalkan ketika seseorang Muslim berhasrat untuk menziarah jiran atau sanak saudara, bukan sahaja pada hari raya malah ketika hari-hari biasa.

Adab-adab tersebut diperincikan bermula daripada sebelum berziarah, semasa menziarah, selepas menziarah dan perkara-perkara yang perlu dihindarkan ketika berziarah.

Adab-adab sebelum berziarah

*Memilih masa yang sesuai
*Memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat
*Berniat pertemuan dan perpisahan adalah kerana Allah

Masa yang sesuai dikira berdasarkan keselesaan pihak yang anda kunjungi, bukan keselesaan pihak anda.

Sebagai contoh, kunjungan ke rumah seseorang tanpa perkhabaran terlebih dahulu, melebihi pukul 10 malam kerana masa tersebut dikira sebagai masa rehat, bukanlah masa yang sesuai. Jalan terbaik, khabarkan terlebih dahulu kepada tuan rumah mengenai kunjungan anda.

Adab semasa menziarah

*Memberi salam dan bersalaman
*Meminta izin untuk masuk
*Memendekkan tempoh ziarah
*Mengawal pandangan
*Merendahkan suara

Memendekkan tempoh ziarah bermaksud tidak bersenang-senang di rumah tersebut untuk jangka masa yang lama.

Seseorang dikira sebagai tetamu hanya di dalam tempoh tiga hari ziarah. Walaupun begitu, anda perlu peka dengan keadaan dan situasi tuan rumah, agar kunjungan anda tidak menimbulkan ketidakselesaan kepada mereka.

Mengawal pandangan pula termasuklah mata anda tidak meliar atau merayau-rayau ke segenap ceruk rumah meneliti setiap hiasan atau susun atur kelengkapan rumah yang anda kunjungi.

Adab selepas menziarah
*Meminta izin apabila hendak beredar
*Memberi salam dan bersalaman sebelum beredar

Perkara yang perlu dihindarkan semasa menziarah

*Enggan memberi salam
*Masa yang tidak bersesuaian
*Mengaibkan tuan rumah
*Mengumpat

Satu perkara yang perlu diingat adalah memberi salam kepada tuan rumah turut mempunyai syarat yang tertentu.

Jika pintu rumah terbuka, jangan berdiri di depan muka pintu dan memberi salam. Anda perlu berdiri agak jauh dari muka pintu, anggaran tidak dapat melihat isi rumah termasuk tuan rumah, bimbang terdedah aurat tuan rumah atau apa-apa sahaja yang mungkin tidak mahu diperlihatkan oleh tuan rumah.

Mungkin nampak mudah dan agak remeh namun jika tidak diberi perhatian, kunjungan anda mungkin boleh menimbulkan kebencian dan permusuhan. Salam Aidilfitiri dan ziarahlah dengan hati yang suci.

p/s .. nie eden nak habaq mai... ada sesetengah tue dtg rumah tak kira la beraya ke apa ke... lps tue bila balik siap boleh komen2 susn atur rumah sipolan dgn sipolan... siap banding2kan lagi n so on... eden tak suka laaaaaaaaa..... suka hati tuan rumah la kan....

Thursday, September 23, 2010

hujan hujan & hujan

iye eden tau hujan tue penting utk petani2 terutama yg tanam padikan.. nanti tak menjadi plak tanaman mereka.. tapi eden nie yg tertekannya.. baju eden jemur berbakul balik dr kampung tak kering2 lagi..... kat sini siang mlm hujan.. haaiiissshhhh... adakah ini petanda2 perlunya eden melaburkan duit utk....



the pic credit to Dryer.  Eden rimas tau tengok baju tak kering2.... tolong bagi pendapat sikit...

adios!!!

Wednesday, September 22, 2010

raya lagiiiii

di atas permintaan ramai (feeling2 diva gitu... hihihi tapi apa kisahkan...) eden revealkan gambar raya eden sekeluarga....

sekeluarga... motif gambar jauh2 supaya tahap kelebaran tidak ketara...

perbarisan memberi duit raya...


ehem... ehem... buat apa tue dik diri lama2 tepi tok mek tue... kan dah dpt dah.. goda2 tokmek ekkk nak dpt lebih....


dan hasilnya... usaha tangga kejayaan kannn... tengah tekun mengira hasil kutipan....


and two happy faces during hari raya.... alhamdullillah..

adios...

Tuesday, September 21, 2010

raya raya & raya

hehehe... nie n3 raya pulak... dh lepas raya baru la eden tunjuk baju raya eden kan... nanti tak la basiii... baju yg biasa2 je...

sulaman yang berkelopak... mesti org yg buat nie sgt penyabarkan.... kalau eden le.. rasanya selamat je segala labuci  n manik2 tue... eden simpan je labuci n manik2 tue dlm kotak jahitan mark & spencer (haruskah bold??? ini hasil tunjuk ajar dr MR le nie menunjuk2..  eden nie plak terang ati.. mmg cepat je belajarrrrr hahahhaha langsung MR dipersalahkan.. selamat hari raya MR MAAF ZAHIR & BATIN)


iron chef in action.... nie kat kg beliau...


eden perkenalkan... our food tester for this year raya is miss xara... sambil menguji kualiti makanan n kuih muih.. sambil sepah2kan sikit lantai dapur tok mek nya.... eden dimana??? ada... tapi eden tak pakai make up so.. malas la nak interframe.. takut ada yg angau nanti muahahahahah.. berlebih-lebihan bukan???

begitulah serba sedikit persiapan eden

adios!!

persiapan meroti

this N3 not about result form my scandal BM450... but it only to tell readers about the preparation... again... don't get me wrong i just want to share .. sharing is caring kan kan kan... n dlm hati ini ada SEDIKIT niat utk memanaskan v*nt*t insan2 yang terlibat hahahhaha.... utk meroti.. bukan sekadar memerlukan tall cabinet utk ltk simata biru... tapi basic things yg sgt diperlukan adalah....

ini benda yg sgt perlu kan... kalau tak de nie... nanti terbakar plak jari jemari halus eden kannnn... tau tak yg square tue apa???


kasi zoom sikit....  dpt teka??? masih tak dpt??? eden zoom kan lagi ......


hehehehhehe.... amacam???? sila lihat brand ye... brand sgt mempengaruhi rasa roti ye... walaupun menggunakan ramuan n resepi yg sama... tapi kalau roti diletakkan atas towel good morning dgn diletakkan atas lapik ROYAL ALBERT ini... rasa roti sgt berbeza.... hihihihi... yg di atas royal ini akan rasa lebih sedap n cheezzzyyyy... walaupun ramuan roti tue tak de cheese...munasabah bukannnn?
 ok itu antara persiapan awal eden... nanti eden update lagi... permintaan utk eden meroti semakin hari semakin meningkat nie....

adiosss

gigil2 sebelum raya

ada org sebelum raya gigil2 nak buat kuih raya la, buat or beli baju raya la... n so on... tapi eden lain dari yang lain... eden gigil2 membuat keras tangan dan hasil nya adalah seperti di bawah... sila puji... dgn ayat2 yg paling manis lagi menenangkan jiwa... tapi kalau u all kutuk pun.. sudah terlewat... segalanya sudah berlaku hahahahhaha....
nampak bakul nie je mesti ekau2 semua dh boleh agakkan...


seawal pagi.. k.cho menawarkan diri utk memperagakan hasil bakul yg sudah dipakaikan skirt...


tidak ketinggalan sicilik ini juga ... 


longgokan bunga dulang yg berjaya disiapkan dibulan puasa...


contoh... bunga dulang diperagakan bersama bakul... cantik n exclusif bukan ( wajib setuju... kalau takkkkkkkkkkkk.. eh tapi kan dh kata tadi.. benda dh jadi.. hihihi)


hasilnya... hasil keras tgn eden n my sis, .my niece n my nephew... gambar tak jelaskan... kena cari DSLR sebiji nie... nampak tak frame atas katil tue??? itu adalah wang hantaran.. bukan mas kawin... berdebar tau...


org lain sangkar burung.. eden pun nak juga ada sangkar burung.. walaupun kecikkkkkkkk  seronoknya kalau betul2 jumpa peti harta karun n dlmnya berisi DINAR EMAS

semua hantaran n persiapan ini dibuat utk..........



antara kejadian yg mencemaskan sepanjang persiapan majlis adalah....


tau tak apa xtvt diatas??? siap ada site engineer lagi supervise the xtvt... xtvt menyelamatkan telur2 kenduri yg belum direbus... telur2 nie tlh jatuh akibat hujan yg sgt lebat langsung pecah n retak.... cemas bukan... hasil siasatan hampir 100 biji telur tidak dpt diselamatkan.... isk isk isk...

apa2pun..... THIS N3 DEDICATED TO.....


Amir & Azian

SELAMAT PENGANTIN BARU & BERBAHAGIA KE HUJUNG NYAWA & DIKURNIAKAN ZURIAT YG RAMAI >>(mesti berdebar baca part nie.. kettle n flask dah ada... bakul susu je x de lagi tapi leh guna bakul hantaran....hahahhaha) SERTA SOLEH & SOLEHAH

sekian.....



Morning Thought

salam all ....

pepagi nie kan minda n hati tgh tenang lagi bersih nie... jom kita renungkan hubungan kita dgn ank2 n bagaimana kita mendidik anak... saja nak kongsi2... sharing is caring kan kan kan...

this article brought to you by resepirahsiaku . eden sekadar memanjangkan saja nukilannya... agak panjang tapi bagus utk mengingat kita yg sentiasa lupa ini... bukankah manusia itu sifat nya pelupa.... jadi ingat mengingatkan sgt lah baikkkkkkk.... take your time to read!!!

1. Kurang berdoa.
Sudah kita solat tak cukup
5 kali sehari. Ambilnya yang wajib sahaja. Dah selesai solat kita tak berdoa langsung. Padahal berdoa adalah melambangkan kita bergantung harapan pada ALLAH kerana adakala usaha sahaja tidak mencukupi. Kita perlu iringkan dengan doa. Juga kena selalu memohon keampuanan dari ALLAH dengan beristighfar.
Dan buat yang mengandung, selalu lah minta maaf
dari suami sebab janganlah kita mengandung dalam keadaan berdosa. Suami tu pulak janganlah kedekut sangat nak maafkan isteri..mentang-mentang dia ade kuasa veto, secukup rasa je kalau nak marah...
Disertakan juga di sini ayat dari Al-Quran untuk berdoa khusus untuk anak-anak.

Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali `Imran, 3 : 8-9)
3:8. "Wahai Pemelihara kami, janganlah menyimpangkan hati kami setelah
Engkau memberi petunjuk kepada kami, dan berilah kami pengasihan
daripada sisi Engkau; sesungguhnya Engkaulah Yang Pemberi.

3:9. Wahai Pemelihara kami, sesungguhnya Engkau yang mengumpulkan manusia untuk satu hari yang padanya tiada keraguan; sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji temu."

Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali `Imran, 3 : 38)
3:38. Kemudian Zakaria berdoa kepada Pemeliharanya, dengan berkata, "Pemeliharaku, berilah aku daripada sisi Engkau satu keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau mendengar doa."

Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
14:40. Wahai Pemeliharaku, buatlah aku seorang yang melakukan solat,
dan daripada keturunanku. Wahai Pemelihara kami, dan terimalah doaku.

14:41. Wahai Pemelihara kami, ampunilah aku dan ibu bapaku, dan
orang-orang mukmin, pada hari apabila perhitungan didirikan.

Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2
: 128)
2:128. Wahai Pemelihara kami, buatlah kami muslim (tunduk patuh) kepada Engkau, dan daripada keturunan kami, umat yang muslim kepada Engkau; dan perlihatkanlah kepada kami peribadatan kami, dan terimalah
taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih

Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25: 74)
25:74.
Yang berkata, "Wahai Pemelihara kami, berilah kami kegembiraan daripada isteri-isteri kami, dan keturunan kami, dan buatlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa."

Juga bila kita namakan nama anak, biarlah yang baik-baik. Juga doakanlah nama dia tu membawa manfaat buat dia...
2. Banyak menakutkan anak-anak dari memberi semangat kepada mereka.

Dalam kita tak perasan, kita selalau takutkan anak-anak dengan belalang pelesit, tempat gelap, jururawat padahal mereka tak sepatutnya takut dengan benda macam ni.
Mungkin kesan dari kita yang suka menakut-nakutkan dia dulu..Sebaik anak perempuan. Kalau anak laki kurang lah nampak gagah dia juga dinyatakan oleh ustaz ni, jangan paksa anak tidur dengan cara yang keras.

3. Tidak tegas dalam mendidik anak.
Mungkin sebab kita tak menjadualkan kegiatan harian mereka. Solat mereka kita tak jaga. Makan mereka berterabur. Jadi kita nak salahkan sesiapa kalau mereka tak berdisiplin. Terkadang masa juga kita hanya fokuskan anak-anak pada satu aktiviti je. Contoh suruh dia baca buku sedangkan dia perlukan juga permainan utk mengembangkan minda dia.
4. Menegur anak secara negatif.

Mentang-mentang la kita ni selalu laser staff
kat opis, dan selalu juga kita membelasah pelanggan-pelanggan kita.Tapi tidaklah boleh dipraktikkan perkara ni buat anak-anak. Kerana mereka perlukan teguran yg membina. Juga mereka tak suka jika diri mereka dibandingkan dengan saudara yang lain.
5. Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani, rohani dan minda
.
Ramai diantara kita nak melahirkan anak macam Nadia Amirah, Amalina. Maksud saya dari segi kepandaian la sedangkan mereka perlukan bimbingan dari pelbagai aspek. Bagaimana berhadapan dengan masalah,
berdepan dengan masyarakat dan benda lain.
6. Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak .
Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Ini memang silap besar la dimana Rasulullah telah menunjukkan cara yang jelas tapi kita tidak ikut.
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. :
Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang
anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi." (Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
7. Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas.

Kalau dah kita selekeh, lepas itu
seksi kat umah, mana boleh salahkan anak kalau dia nak pakai yg macam kita. Tunjukkanlah contoh yang baik kepada mereka, supaya mereka tak terbiasa dengan keadaan yang kita sendrii tak selesa.
8. Susunan rumahtangga yang tidak kemas.
Perkara ini akan menyebabkan mereka biasa dengan keadaan selekeh.
Seterusnya mereka akan jadi malas.
9. Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya.

Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi. Saya rasa pun
juga kalau setiap keluarga tak mengamalkan buat sesuatu bersama-sama maka akan hilang
kesepakatan dalam keluarga tu. Saya rasa testimoni tentang berjemaah dalam keluarga memang membuktikan banyak keluarga yg berjaya berbanding dengan satu keluarga yang cukup sekadar bagi belanja kepada anak-anak untuk buat hal sendiri.
10. Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak.
Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah. Tapi kenalah kawal Janganlah sampai tahap mendera budak. Saya tak pernah lagi la rotan anak-anak tapi di rumah datuk mereka memang ada rotan tergantung dan saya pun taktau rotan tu apa gunanya. Mungkin ada masa boleh kita ugut anak-anak. Mesti tak berani punya buat salah. Tapi kalau asyik bedal pun anak-anak makin jauh juga dari kita , fikirlah ye sebelum melaksanakan amalan merotan.

11. Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia.
Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam. Maklum lah Sekarang ni ada banyak program yang keduniaan sangat. Jom heboh la, Akademi Fantasia lah., Mentor One In a Million. .Konsert merata ceruk ..Tapi sedarkah kita adakah jiwa anak kita terdidik kalau kita menggenggam tangan mereka ke tempat sebegini?
Maaflah kepada penganjur... Berkatalah benar walaupun pahit.
12. Bertengkar di depan anak-anak.

Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya. Jangan kata bertengkar, kalau nak tegur apa-apa pun biar jangan depan anak-anak. Kadang abah yang marah sebab kesalahan maknya, tiba-tiba anak-anak bencikan abah sebab asyik marah kat mak dia sedangkan mak
dia buat salah bukannya besar pun.
13. Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak.

Kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar. Kalau pun nak bawak masuk, mungkin kita kena bagitau dulu pada anak-anak. Ada masa juga kita nak bawa masuk orang
yang berperangai dia pelik ni untuk mendidik orang tu. Biasanya kalau rumah kita memang harmoni, orang yang berperangai
pelik juga akan segan utk berkelakuan pelik.
14. Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video.
Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak. Ada rasanya saya dah cerita sebelum , mertua saya kalau tengok TV mesti bab berita atau forum agama atau apa2 yg berkaitan dengan agama dan mungkin lebih kalau ade siri dokumentari. Kalau tiba kat iklan, dia akan tutup terus TV dan tunggu untuk beberapa ketika sebelum buka TV semula. Juga bila siri ramalan cuaca dalam berita disiarkan, kan ade lagu untuk mengiring?? Masa tu dia akan perlahankan volume. Saya memang hormat habis dengan mertua saya. Bolehkah agaknya saya meniru macam mertua saya.

15. Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak.
Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam. Anak-anak tak
boleh disalahkan kalau mereka baik dengan pembantu rumah. Berilah mereka lebih banyak masa bersama kita agar mereka akan menyayan
gi kita selamanya.

Monday, September 20, 2010

skandal dgn kenwood BM450

salam aidilfitri semua... masih mood raya? mestilah.. ke dah ada org yg moodnye utk meroti??? merujuk kepada MR khunun2nya ramai le yg bertanya sakan merisik2 lagi bergosip2 lagi memojok2 untuk memiliki BM450 jugak kannn.....  sesungguhnya.. BM450 ini sgtlah hensem lagi BERMATA BIRU... hahahha sgtlah
exagerrate kannn....
Tapi.....

eden disini dengan rendah hatinya (ececeh... sentimental gitu..) ingin memohon maaf le ye sbb segala impian n angan2 kepada sesiapa yg bertanya itu tidak dpt dipenuhi hahhahah.... dah TUTUP a.k.a CLOSE.....

utk mengurangkan rasa kesedihan kamu, kamu dan kamu semua... sila la memujuk diri, meroyan, bermimpi lagi mengigau di sini .

pasal raya n apa yg eden gigil2kan sebelum raya nnti eden update... xtvt meroti juga belum eden mulakan...

ok... selamat keje kepada semua readers....

adios!!

Monday, September 6, 2010

tenyo

ok ok ok ... eden tau blog eden nie sgt le lama eden pekasamkan kan kan kan... jadi nie eden nak mula xtive kan balik nie setelah gadget penting utk xtvt mengupdate blog nie pun pulih... so ini eden nak perkenalkan my new nephew..... amzarul hadif.... baru 2 minggu... ini gambar lama.. skang dh 3 bulan umur nya

p.cik, m.cik, acho, angah, k.yang and uda fawwaz.... nanti kita jumpa ye... sbb skang saya lagi BOOOOLLAAATTTT mcm ayah saya....

SELAMAT hari raya...

Surat terbuka untuk MR

salam...

kehadapan MR,

sebagaimana yg mr sedia maklum.. buruh kasar atau maid yg kita order telah selamat sampai.. tiada sebarang mabuk laut dikesan.. pasti mr tgh gigil2kan nak tengok wajah maid itu... n gigil2 juga utk mencampakkan adunan kedalam nya.... jadi silalah mr meroyan dgn gambar2 indah di bawah ini.....
hehehe.... amacam??? ada debaran??? 1 ekau punya... 1 eden punyo...

kotak didalam kotak kekdahnya... mesti MR dh meroyan2 dah nie

jeng... jeng...jeng.... sila bawa bertenang ye...


BM450 uolssssss beserta buku ... mantap tak??? ini dari depan ye MR

kalau dari atas rupannya mcm nie...

ada hensem?? menarik tertarik kau mmg deboommmm... hitam bersinar.. sgt simple & elegant bukan???sesuai dgn konsep dapur eden.... MR pasti tak sabar2 nak menekan2 button kat atas tue kan memberi arahan...

MR ekau kena gigil2 lama lagi lah ek sbb ekau hanya boleh menatap wajah buruh kasar ekau ini kalau ekau beraya di rumah cek lala tak gitu????

SEKIAN....
p/s ekau punya kotak eden tak bukok pun... yg kat atas tue gambo BM eden.. nanti ekau tayang buruh BM450 ekau pulok kat sini ye... adakah sama atau BERBEDA????? eden akan mula mengkaji cekadak nie lps eden balik dr cuti raya... skang ada benda lain yg perlu eden gigil-gigilkan....