Tuesday, September 21, 2010

Morning Thought

salam all ....

pepagi nie kan minda n hati tgh tenang lagi bersih nie... jom kita renungkan hubungan kita dgn ank2 n bagaimana kita mendidik anak... saja nak kongsi2... sharing is caring kan kan kan...

this article brought to you by resepirahsiaku . eden sekadar memanjangkan saja nukilannya... agak panjang tapi bagus utk mengingat kita yg sentiasa lupa ini... bukankah manusia itu sifat nya pelupa.... jadi ingat mengingatkan sgt lah baikkkkkkk.... take your time to read!!!

1. Kurang berdoa.
Sudah kita solat tak cukup
5 kali sehari. Ambilnya yang wajib sahaja. Dah selesai solat kita tak berdoa langsung. Padahal berdoa adalah melambangkan kita bergantung harapan pada ALLAH kerana adakala usaha sahaja tidak mencukupi. Kita perlu iringkan dengan doa. Juga kena selalu memohon keampuanan dari ALLAH dengan beristighfar.
Dan buat yang mengandung, selalu lah minta maaf
dari suami sebab janganlah kita mengandung dalam keadaan berdosa. Suami tu pulak janganlah kedekut sangat nak maafkan isteri..mentang-mentang dia ade kuasa veto, secukup rasa je kalau nak marah...
Disertakan juga di sini ayat dari Al-Quran untuk berdoa khusus untuk anak-anak.

Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali `Imran, 3 : 8-9)
3:8. "Wahai Pemelihara kami, janganlah menyimpangkan hati kami setelah
Engkau memberi petunjuk kepada kami, dan berilah kami pengasihan
daripada sisi Engkau; sesungguhnya Engkaulah Yang Pemberi.

3:9. Wahai Pemelihara kami, sesungguhnya Engkau yang mengumpulkan manusia untuk satu hari yang padanya tiada keraguan; sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji temu."

Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali `Imran, 3 : 38)
3:38. Kemudian Zakaria berdoa kepada Pemeliharanya, dengan berkata, "Pemeliharaku, berilah aku daripada sisi Engkau satu keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau mendengar doa."

Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
14:40. Wahai Pemeliharaku, buatlah aku seorang yang melakukan solat,
dan daripada keturunanku. Wahai Pemelihara kami, dan terimalah doaku.

14:41. Wahai Pemelihara kami, ampunilah aku dan ibu bapaku, dan
orang-orang mukmin, pada hari apabila perhitungan didirikan.

Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2
: 128)
2:128. Wahai Pemelihara kami, buatlah kami muslim (tunduk patuh) kepada Engkau, dan daripada keturunan kami, umat yang muslim kepada Engkau; dan perlihatkanlah kepada kami peribadatan kami, dan terimalah
taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih

Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25: 74)
25:74.
Yang berkata, "Wahai Pemelihara kami, berilah kami kegembiraan daripada isteri-isteri kami, dan keturunan kami, dan buatlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa."

Juga bila kita namakan nama anak, biarlah yang baik-baik. Juga doakanlah nama dia tu membawa manfaat buat dia...
2. Banyak menakutkan anak-anak dari memberi semangat kepada mereka.

Dalam kita tak perasan, kita selalau takutkan anak-anak dengan belalang pelesit, tempat gelap, jururawat padahal mereka tak sepatutnya takut dengan benda macam ni.
Mungkin kesan dari kita yang suka menakut-nakutkan dia dulu..Sebaik anak perempuan. Kalau anak laki kurang lah nampak gagah dia juga dinyatakan oleh ustaz ni, jangan paksa anak tidur dengan cara yang keras.

3. Tidak tegas dalam mendidik anak.
Mungkin sebab kita tak menjadualkan kegiatan harian mereka. Solat mereka kita tak jaga. Makan mereka berterabur. Jadi kita nak salahkan sesiapa kalau mereka tak berdisiplin. Terkadang masa juga kita hanya fokuskan anak-anak pada satu aktiviti je. Contoh suruh dia baca buku sedangkan dia perlukan juga permainan utk mengembangkan minda dia.
4. Menegur anak secara negatif.

Mentang-mentang la kita ni selalu laser staff
kat opis, dan selalu juga kita membelasah pelanggan-pelanggan kita.Tapi tidaklah boleh dipraktikkan perkara ni buat anak-anak. Kerana mereka perlukan teguran yg membina. Juga mereka tak suka jika diri mereka dibandingkan dengan saudara yang lain.
5. Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani, rohani dan minda
.
Ramai diantara kita nak melahirkan anak macam Nadia Amirah, Amalina. Maksud saya dari segi kepandaian la sedangkan mereka perlukan bimbingan dari pelbagai aspek. Bagaimana berhadapan dengan masalah,
berdepan dengan masyarakat dan benda lain.
6. Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak .
Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Ini memang silap besar la dimana Rasulullah telah menunjukkan cara yang jelas tapi kita tidak ikut.
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. :
Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang
anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi." (Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
7. Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas.

Kalau dah kita selekeh, lepas itu
seksi kat umah, mana boleh salahkan anak kalau dia nak pakai yg macam kita. Tunjukkanlah contoh yang baik kepada mereka, supaya mereka tak terbiasa dengan keadaan yang kita sendrii tak selesa.
8. Susunan rumahtangga yang tidak kemas.
Perkara ini akan menyebabkan mereka biasa dengan keadaan selekeh.
Seterusnya mereka akan jadi malas.
9. Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya.

Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi. Saya rasa pun
juga kalau setiap keluarga tak mengamalkan buat sesuatu bersama-sama maka akan hilang
kesepakatan dalam keluarga tu. Saya rasa testimoni tentang berjemaah dalam keluarga memang membuktikan banyak keluarga yg berjaya berbanding dengan satu keluarga yang cukup sekadar bagi belanja kepada anak-anak untuk buat hal sendiri.
10. Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak.
Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah. Tapi kenalah kawal Janganlah sampai tahap mendera budak. Saya tak pernah lagi la rotan anak-anak tapi di rumah datuk mereka memang ada rotan tergantung dan saya pun taktau rotan tu apa gunanya. Mungkin ada masa boleh kita ugut anak-anak. Mesti tak berani punya buat salah. Tapi kalau asyik bedal pun anak-anak makin jauh juga dari kita , fikirlah ye sebelum melaksanakan amalan merotan.

11. Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia.
Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam. Maklum lah Sekarang ni ada banyak program yang keduniaan sangat. Jom heboh la, Akademi Fantasia lah., Mentor One In a Million. .Konsert merata ceruk ..Tapi sedarkah kita adakah jiwa anak kita terdidik kalau kita menggenggam tangan mereka ke tempat sebegini?
Maaflah kepada penganjur... Berkatalah benar walaupun pahit.
12. Bertengkar di depan anak-anak.

Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya. Jangan kata bertengkar, kalau nak tegur apa-apa pun biar jangan depan anak-anak. Kadang abah yang marah sebab kesalahan maknya, tiba-tiba anak-anak bencikan abah sebab asyik marah kat mak dia sedangkan mak
dia buat salah bukannya besar pun.
13. Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak.

Kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar. Kalau pun nak bawak masuk, mungkin kita kena bagitau dulu pada anak-anak. Ada masa juga kita nak bawa masuk orang
yang berperangai dia pelik ni untuk mendidik orang tu. Biasanya kalau rumah kita memang harmoni, orang yang berperangai
pelik juga akan segan utk berkelakuan pelik.
14. Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video.
Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak. Ada rasanya saya dah cerita sebelum , mertua saya kalau tengok TV mesti bab berita atau forum agama atau apa2 yg berkaitan dengan agama dan mungkin lebih kalau ade siri dokumentari. Kalau tiba kat iklan, dia akan tutup terus TV dan tunggu untuk beberapa ketika sebelum buka TV semula. Juga bila siri ramalan cuaca dalam berita disiarkan, kan ade lagu untuk mengiring?? Masa tu dia akan perlahankan volume. Saya memang hormat habis dengan mertua saya. Bolehkah agaknya saya meniru macam mertua saya.

15. Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak.
Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam. Anak-anak tak
boleh disalahkan kalau mereka baik dengan pembantu rumah. Berilah mereka lebih banyak masa bersama kita agar mereka akan menyayan
gi kita selamanya.

2 comments:

MR said...

i lap u kerul. thanks for sharing. balik ni nak gantung hanger kat ruang tamu! hahahah.. yg tu yg aku ingat dulu ekekekek

Me said...

langsung mencah akn kata... mama... kenapa awak nak gantung baju di ruang tamu?? bukankah awak ada bilik rahsia?? hihihi